Nurshazlyna sudah pulang ke pangkuan keluarga
Zuliaty Zulkiffli[email protected]
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Sungai Petani: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Cempaka, Bukit Selambau, di sini sejak 2 Julai lalu dilaporkan sudah pulang ke rumahnya hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail ketika dihubungi hari ini.
"Remaja terbabit sudah pulang ke rumah jam 4 petang hari ini," katanya.
Media hari ini melaporkan Nurshazlyna Rosidi, 14, dipercayai 'merajuk' dan bertindak lari dari rumah sejak 2 Julai lalu kerana tidak tahan akibat sering diejek mengenai bentuk tubuh oleh rakan sekolahnya.
Disiarkan pada: Julai 24, 2024 @ 12:13am
|