CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16884|Reply: 0

[Kedah] Manfaat bahan terpakai demi minat hasil diorama

[Copy link]
Post time 24-7-2024 07:14 AM | Show all posts |Read mode
Manfaat bahan terpakai demi minat hasil diorama


Noor Hidayah Tanzizi[email protected]





Mohamad Isyraff Mohd Shabbri, 29, menghasilkan diorama bertemakan keindahan suasana taman dan alam semula jadi menggunakan barangan terpakai. FOTO Ihsan Mohamad Isyraff




Alor Setar: Biarpun hanya menggunakan barangan terhad dan terpakai, peniaga burger, Mohamad Isyraff Mohd Shabbri, 29, membuktikan kreativitinya dengan menghasilkan seni hiasan diorama.

Mohamad Isyraff menghasilkan diorama bertemakan keindahan suasana taman dan alam semula jadi sejak beberapa tahun lalu atas dasar minat mendalam dalam seni reka bentuk itu.

Menurutnya, dia mula menghasilkan reka bentuk binaan sejak kecil, namun minat itu tertangguh sebelum kembali menghasilkan diorama dan tidak menyangka perkongsiannya di TikTok mendapat perhatian di akaun media sosial itu.

"Saya lebih suka menghasilkan diorama bertemakan alam dan suasana kerana saya sukakan keindahan yang menenangkan. Diorama adalah hiasan yang boleh diletakkan di mana-mana saja dan saya letakkan ia di bilik serta papan pemuka kereta.

"Saya menggunakan barangan terpakai seperti tikar kayu untuk mereka rumah dan katil, penutup botol minyak wangi dijadikan bangku dan turut menggunakan pencungkil gigi.

"Barangan lain seperti haiwan dan rumput saya beli dalam talian saja," katanya dihubungi, di sini.

Pemuda menetap di Taman Marina, di sini, berkata, dia tidak pernah mengikuti mana-mana kelas untuk belajar seni diorama dan belajar sendiri mengikut kreativiti sendiri.

"Pembuatan diorama agak sukar kerana perlu teliti dan saya mengambil masa hampir sebulan untuk menghasilkan satu diorama dan proses penyusunan barang juga mengambil masa.

"Tetapi masa diambil adalah mengikut kepada saiz dan jumlah barangan yang dihasilkan, kalau saiz kecil dan tidak banyak barang masa yang diambil lebih cepat," katanya.

Katanya, perkongsiannya di TikTok adalah hanya untuk suka-suka dan tidak menyangka ia mendapat perhatian sekali gus membuka rezeki untuknya.

"Apabila video diorama saya menjadi perhatian, ramai yang mesej dan meninggalkan komen mengenainya.

"Pada mulanya, mereka tanya saya beli di mana kerana turut berminat dengan hiasan itu dan apabila tahu saya yang buat sendiri mereka mula mahu menempahnya," katanya.



Disiarkan pada: Julai 24, 2024 @ 7:00am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.077930 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list