CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13599|Reply: 0

[Kedah] Muzium Coklat Nokona ikon tarikan baharu

[Copy link]
Post time 24-7-2024 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Muzium Coklat Nokona ikon tarikan baharu

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

24 Julai 2024 08:40am




Replika kilang coklat ala-ala Willy Wonka menjadi tarikan utama Muzium Coklat Nokona.




JITRA - Tidak sempurna kunjungan anda ke negeri Jelapang Padi jika tidak berkunjung ke Muzium Coklat Nokona yang menjadi muzium coklat pertama di negeri ini.

Terletak kira-kira 11 kilometer (km) dari pekan Jitra, muzium coklat ini boleh menjadi destinasi pilihan dan persinggahan pengunjung tempatan termasuk pelancong dari negara jiran.



Mengambil replika kilang coklat ala-ala Willy Wonka, muzium coklat ini dibuka secara rasmi kepada umum pada 7 Julai lalu yang terletak di Taman Industri KEDA, Napoh.

Pengarah Urusan Syarikat CnW, Aishah Azizan, 49, berkata, replika dalam Muzium Coklat Nokona sebenarnya dihasilkan pasangan kembar terkenal, Aminabid.




Aishah menunjukkan antara tempat menarik untuk bergambar yang terdapat di muziumnya.




“Muzium coklat ini bertemakan fantasi berkonsepkan ala-ala Willy Wonka dari filem Charlie And The Chocolate Factory.

“Antara tarikan lain selain replika kilang coklat seperti belon udara panas dan buah koko," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.


Aishah berkata, pihaknya juga mengetengahkan imej arnab memandangkan ia adalah haiwan lincah, bersih dan cerdik sejajar nilai kesihatan ditekankan CnW serta seiring kehendak pelanggan.






Muzium Coklat Nokona.




“Alhamdulillah, Muzium Coklat Nokona menjadi muzium coklat pertama di Kedah dan boleh dikatakan muzium coklat pertama mengetengahkan konsep fantasi di negara ini.

“Kami menggunakan nama Nokona yang berasal dari perkataan Jepun iaitu 'kaya dan menyihatkan' atau dalam loghat tempatan disebut 'no kona-kona' (jangan belok) dan terus ke Nokona,” katanya.

Tambahnya, bayaran tiket masuk ke muzium adalah RM5 untuk kanak-kanak manakala RM8 bagi dewasa.






Aishah (kanan) melihat pengunjung kanak-kanak melakukan aktiviti DIY coklat.




Jelasnya, inisiatif menubuhkan muzium coklat bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai coklat tempatan serta cara pembuatannya.

“Ini kerana kebanyakan orang ramai cuma tahu jenama coklat sahaja, jadi kami buat keputusan ketengahkan muzium ini supaya pengunjung boleh belajar secara tidak langsung berkaitan coklat,” katanya.

Aishah berkata, lawatan berkenaan akan lebih bermakna sekiranya pengunjung mempunyai pengetahuan mengenai coklat.



Pengunjung mendengar penerangan dan berpeluang melakukan pelbagai aktiviti menarik di Muzium Coklat Nokona.




“Apabila mereka tahu dan mempunyai maklumat mengenainya, maka kunjungan mereka menjadi lebih bermakna.

“Kami turut menyediakan platform untuk 'gaya pakaian untuk hari ini' (OOTD) dengan menekankan elemen setempat iaitu lukisan Menara Alor Setar, Masjid Zahir dan Muzium Padi serta panorama sawah padi,” katanya.



Pengunjung boleh bersantai sambil bergambar di platform khas sebelum memasuki muzium coklat.




Sehubungan itu, katanya, pengunjung boleh bersantai dan merakamkan OOTD dengan latar belakang destinasi menarik sementara menunggu giliran masuk ke dalam muzium.

“Selain muzium, kami juga ada kedai dan kilang coklat sendiri, jadi pengunjung berpeluang melakukan pelbagai aktiviti seperti demonstrasi pembuatan coklat dan lakukan sendiri (DIY) coklat di sini,” katanya.

Aishah berharap, muzium coklat ini mampu menjadi tarikan pelancongan baharu ke negeri ini, sekali gus lokasi wajib dikunjungi menjelang Tahun Melawat Kedah 2025.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.283732 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list