CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33275|Reply: 0

[Perlis] Maritim Malaysia tahan 3 nelayan Thailand disyaki tangkap ikan di perairan Perlis

[Copy link]
Post time 25-7-2024 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Maritim Malaysia tahan 3 nelayan Thailand disyaki tangkap ikan di perairan Perlis


Oleh Aizat Sharif - Julai 25, 2024 @ 12:09pm [email protected]





Dua bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran dikesan di perairan Perlis, kelmarin. - Foto ihsan Maritim Malaysia





KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan empat nelayan, termasuk tiga warga Thailand disyaki menangkap ikan di perairan Perlis dengan menaiki dua bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran, dan merampas hasil tangkapan dianggarkan bernilai lebih RM20,000, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain, berkata kedua-dua bot nelayan berkenaan dikesan di dua lokasi berasingan membabitkan kedudukan 7.0 dan 7.3 batu nautika dari barat Kuala Perlis.

"Ketika kejadian, bot ronda Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan Op AMAN di sekitar perairan Perlis sebelum menghampiri bot terbabit kerana dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.
"Pasukan mendapati ada dua bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran berlegar di kawasan berkenaan sebelum menahan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memaklumkan, mereka disyaki sedang melakukan aktiviti menangkap ikan ketika ditahan.

"Kedua-dua bot nelayan itu masing-masing dikemudi tekong warga tempatan dan warga Thailand serta terdapat dua awak-awak warga Thailand berusia antara 27 hingga 41 tahun.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dan sebagainya oleh bot penangkapan ikan asing di perairan perikanan Malaysia, tertakluk kepada subseksyen (2) iaitu menangkap ikan atau cuba menangkap ikan.

"Selain itu, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia," katanya.

Beliau berkata, kesemua hasil tangkapan dianggarkan bernilai lebih RM20,000 serta empat suspek terbabit dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.163907 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list