CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36057|Reply: 0

[Pulau Pinang] Isteri buta, anak pula hidap jantung berlubang

[Copy link]
Post time 25-7-2024 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Isteri buta, anak pula hidap jantung berlubang

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

25 Julai 2024 04:36pm




Quan Long menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban Mohammad Asri sekeluarga.




KEPALA BATAS - Dugaan bertimpa-timpa terpaksa ditempuhi seorang lelaki apabila isterinya disahkan hilang deria penglihatan sejak beberapa tahun lalu dan kini anaknya sulung mereka menghidap penyakit jantung berlubang.

Mohammad Asri Sabri, 31, berkata, isterinya, Nurul Amiza Md Noor, 26, mula mengadu penglihatannya kabur sejak 2019 dan hasil pemeriksaan doktor mendapati ia berpunca daripada masalah saraf.



Menurutnya, masalah penglihatannya terus berlarutan hingga dia hilang terus deria penglihatannya sejak beberapa bulan lalu termasuk tidak sempat melihat wajah anak sulung mereka yang dilahirkan lima bulan lalu.

"Dugaan bersilih ganti apabila doktor pula mengesahkan anak kami, Nur Afiyah pula menghidap jantung berlubang dan sumbing pada bibir dan lelangit.


"Walaupun sukar, namun kami reda dan tabah menghadapi dugaan yang diberikan.

"Mujur ahli keluarga banyak memberi sokongan serta bantu menjaga isteri dan anak sekiranya saya keluar bekerja," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Permatang Tok Gelam di sini pada Khamis.


Mohammad Asri yang hanya bekerja sendiri dan berpendapatan tidak menentu berkata, dia perlu membawa anaknya mendapatkan rawatan susulan dan pemeriksaan susulan doktor dua hingga tiga kali seminggu di Hospital Pulau Pinang.

Katanya, anaknya yang kini berusia lima bulan juga perlu minum susu khas selain perlu perhatian khusus setiap masa kerana bimbang keadaan jantung yang tidak stabil.




Berkongsi mengenai perbelanjaan bulanan pula, katanya, ia mencecah RM600 memandangkan Nur Afiyah memerlukan susu khas, vitamin selain lampin pakai buang.

"Itu belum termasuk perbelanjaan berulang-alik ke hospital dan saya terpaksa memohon bantuan ipar atau adik-beradik lain untuk menghantar kami untuk pemeriksaan susulan.

"Memang sukar memandangkan pendapatan yang diperoleh tidak menentu, namun syukurlah kerana isteri turut menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan (JKM).

"Hasrat kami adalah untuk memastikan berat badan Nur Afiyah meningkat supaya pembedahan di bahagian bibir dan lelangit pula dapat disegerakan," katanya.


Quan Long (dua dari kiri) ketika menziarahi Nur Afiyah dan Nurul Amiza di kediaman mereka di Permatang Tok Gelam pada Khamis.




Dalam pada itu, ahli perniagaan Chim Quan Long yang menghulurkan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai turut akan membantu keluarga itu mendapatkan pertolongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Keluarga ini perlu bantuan berterusan kerana penyakit bayi ini memerlukan pemantauan dan rawatan dalam jangka masa panjang.

"Saya akan cuba bantu mencari saluran bagi membolehkan menerima pertolongan yang diperlukan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu menghubungi Mohammad Asri di talian 014-7164552 atau terus menyalurkan bantuan ke akaun Bank Islam 07043020408101 atas nama Muhamad Ismail.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037257 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list