CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39009|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sarjan Mazlan anggap pingat motivasi kerja kuat

[Copy link]
Post time 27-7-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Sarjan Mazlan anggap pingat motivasi kerja kuat


BERNAMA



SARJAN Mazlan bersama PGP yang diterimanya. FOTO Bernama




George Town: Anggota tentera yang menyelamatkan pasangan terjatuh daripada Jambatan Pulau Pinang, Januari lalu, dianugerahkan Pingat Gagah Perwira (PGP) sempena sambutan Ulang Tahun Ke-75 Yang DiPertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini.

Sarjan Mazlan Abdul Rahman, 35, berkata, penganugerahan itu menjadi motivasi buatnya untuk terus bekerja keras dan membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Beliau yang juga jurulatih jasmani dan sukan di Batalion 2 Rejimen Askar Melayu Diraja (RMAD) Kem Sungai Ara dekat sini berkata, pingat itu juga akan menjadi pembakar semangat serta pengiktirafan kepada rakan-rakan dalam batalion.

"Selepas mendapat penghargaan daripada Angkatan Tentera Darat, saya tidak sangka akan mendapat penganugerahan PGP daripada kerajaan negeri hari ini, memang terkejut dan tak sangka langsung terima pingat ini," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri di Dewan Seri Pinang, di sini hari ini.

Seramai 235 penerima terbabit dalam istiadat hari ini dengan Bekas Pengerusi DAP Tan Sri Lim Kit Siang mendahului senarai sebagai penerima darjah tertinggi negeri Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Mengimbas kembali kejadian, Mazlan berkata tiada apa dalam fikirannya ketika itu selain mahu menyelamatkan nyawa manusia dalam bahaya yang selama ini diterap dalam pasukan.

Beliau yang telah 14 tahun berkhidmat dalam pasukan tentera mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Tun Ahmad Fuzi atas penganugerahan itu.

Mazlan yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah, sebelum ini berkhidmat di Kelantan dan dipindahkan ke negeri ini hujung tahun lepas.

Bapa kepada dua anak lelaki berusia tujuh dan tiga tahun itu satu-satunya individu yang menerima PGP tahun ini.

Dalam kejadian 15 Januari lalu, Mazlan dilaporkan bertindak nekad terjun di Jambatan Pulau Pinang bagi menyelamatkan dua individu yang dipercayai terjatuh ke dalam laut.

Sebanyak 142 penerima Darjah Kebesaran dan 1,204 penerima Bintang dan Pingat Kehormatan disenaraikan sempena istiadat penganugerahan itu yang berlangsung empat hari hingga Khamis.



Disiarkan pada: Julai 27, 2024 @ 5:20pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.031444 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list