CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16688|Reply: 0

[Johor] Geng Potek tumpas, tiga beradik dan bapa saudara ditahan

[Copy link]
Post time 29-7-2024 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 29-7-2024 08:07 AM



Hussin Zamora menunjukkan barang rampasan hasil serbuan sindiket pengedaran dadah di Sungai Papan, Kota Tinggi. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN


Kota Tinggi:  Berselindung di sebuah pondok usang di muara sungai dan terpencil, sindiket pengedaran dadah dikenali Geng Potek akhirnya ditumpaskan polis.

Di muara Sungai Papan di sini, yang jauh dari penempatan, sindiket didalangi lelaki tempatan berusia 40 tahun menjadikan lokasi itu sebagai tempat pembungkusan semula dadah yang diperolehi dari luar Kota Tinggi.

Bukan itu saja, ketua sindiket turut menjadikan tiga beradik yang juga anak saudaranya sebagai orang bawahan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam serbuan jam 3.40 pagi, Rabu lalu, polis menemui pelbagai jenis dadah dan peralatan untuk pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Beliau berkata, tujuh lelaki tempatan berusia 19 hingga 51 tahun serta seorang wanita tempatan berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Sindiket didalangi seorang lelaki dan kita turut menahan wanita yang juga kekasihnya, tiga adik-beradik yang juga anak saudaranya dan tiga lagi ahli sindiket.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tujuh daripada suspek positif dadah dan lima daripada mereka juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes dadah," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hussin berkata, pihaknya menjalankan risikan selama kira-kira dua bulan, sebelum berjaya menumpaskan sindiket yang dipercayai aktif sejak awal Mei lalu itu.

"Pondok papan itu turut dijadikan tempat untuk menghisap dadah. Dadah dibungkus dalam plastik seolah-olah makanan ringan bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya.

Katanya, polis merampas 779.07 gram pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM54,550.20 yang dipercayai boleh digunakan oleh kira-kira 6,000 penagih dadah jika terlepas ke pasaran.

"Antara dadah yang dirampas ialah ketulan heroin, ketulan kristal methamphetamine, pil erimin 5, pil ekstasi, ketamin dan ganja.

"Kita turut menyita tiga kenderaan termasuk sebuah motosikal dan wang tunai berjumlah RM5,023 menjadikan jumlah rampasan dan sitaan adalah sebanyak RM84,573.20," katanya.

Hussin berkata, semua suspek kini direman selama tujuh hari bermula Rabu lalu sehingga Selasa ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan rangkaian kepada sindiket berkenaan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.048226 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list