CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29156|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sarjan Mazlan semakin pulih, sudah dibenar pulang

[Copy link]
Post time 1-8-2024 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Sarjan Mazlan semakin pulih, sudah dibenar pulang


Noor Hidayah Tanzizi[email protected]





SARJAN Mazlan yang terbabit kemalangan di Kilometer 115.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Kepala Batas, Pulau Pinang, Ahad lalu. FOTO Ihsab Rosiela Mat Saad





Kuala Lumpur: Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Sarjan Mazlan Abdul Rahman yang terbabit kemalangan di Kilometer 115.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Kepala Batas, Pulau Pinang, Ahad lalu sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Mazlan, 35, dibenarkan pulang jam 3 petang, hari ini dan keadaannya juga sudah semakin baik meskipun masih lemah.

Dia yang bertugas di Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD), Kem Sungai Ara, Pulau Pinang itu berkata, ingatannya juga semakin baik, namun mengakui dia kurang mengingati mengenai kemalangan yang menimpanya itu.

"Alhamdulillah keadaan saya semakin baik dan sudah berdaya berjalan walaupun masih perlahan. Saya bersyukur semua urusan terutama pembedahan tangan, semalam yang ambil masa kira-kira lebih empat jam berjalan dengan lancar.

"Sekarang saya berehat di rumah dan masih ada pemeriksaan dan rawatan susulan untuk kecederaan termasuk patah bahu serta jari di hospital selepas ini," katanya ketika dihubungi.

Katanya, dia terharu dengan ingatan dan doa daripada orang ramai termasuk di media sosial serta sangat menghargainya terutama rakan yang membantunya pada hari kejadian.

"Isteri beritahu ramai mendoakan dan beri sokongan daripada semua pihak seperti keluarga, rakan termasuk dari kem dan orang ramai, malah ada juga yang datang melawat saya.

"Terima kasih kepada yang membantu pada hari kejadian dan individu yang membantu adalah kawan, saya sudah tengok gambar hari kejadian memang cam wajahnya," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Mazlan terbabit kemalangan selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah kereta di Kilometer 115.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Kepala Batas, Pulau Pinang kira-kira 8.30 malam Ahad lalu.

Terdahulu, Jurulatih Jasmani dan Sukan yang berkhidmat dalam TDM sejak 14 tahun lalu mendapat perhatian kerana keberaniannya menyelamatkan dua mangsa terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang dan turut menerima penghargaan dengan kenaikan pangkat daripada koperal kepada sarjan.

Mazlan juga dianugerahkan Pingat Gagah Perwira (PGP) sempena sambutan Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Sabtu lalu.



Disiarkan pada: Ogos 1, 2024 @ 6:21pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.047321 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list