CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8572|Reply: 0

[Kedah] JAS ambil tindakan terhadap kuari batu Kampung Padang

[Copy link]
Post time 2-8-2024 12:57 PM | Show all posts |Read mode
JAS ambil tindakan terhadap kuari batu Kampung Padang


Noorazura Abdul Rahman[email protected]





Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah ketika melakukan pemantauan di kuari batu Kampung Padang, Mukim Sungai Kechil di sini selepas didakwa menyebabkan pencemaran di kawasan penduduk. FOTO Ihsan JAS Kedah





Bandar Baharu: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sudah mengambil tindakan terhadap projek kuari batu di Kampung Padang, Mukim Sungai Kechil di sini, selepas didapati melanggar beberapa syarat kelulusan laporan impak alam sekitar (EIA).

Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, arahan di lapangan sudah dikeluarkan selepas melakukan pemeriksaan lanjut ke atas syarat EIA serta siasatan dilakulan di kawasan berkenaan semalam.

Menurutnya, ia akan disusuli dengan Notis Arahan mengikut Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

"Sekiranya gagal mematuhi notis dalam tempoh yang ditetapkan, penggerak projek akan diambil tindakan lanjut termasuk arahan berhenti kerja serta tindakan perundangan mengikut Seksyen 34A(7) AKAS 1974 yang boleh membawa penalti antara RM100,000 sehingga RM1 juta dan mandatori penjara sehingga lima tahun.

"Penggerak projek perlu melaksanakan langkah pembetulan dan tapak akan diperiksa semula," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan SAM menggesa kerajaan negeri mengkaji semula aktiviti kuari yang didakwa berlaku di Kampung Padang itu.

Mengulas lanjut, Sharifah Zakiah berkata, tindakan itu dilakukan susulan kenyataan SAM selepas mendakwa menerima aduan daripada penduduk.

Katanya, laporan EIA bagi kuari itu diluluskan pada 7 Ogos 2017 dan ia mematuhi zon penampan (buffer zone) minimum iaitu sekurang-kurangnya 500 meter ke reseptor sensitif seperti kediaman.

"Sejak kelulusan diberi, JAS Kedah sudah melakukan penguatkuasaan berkala ke atas kuari ini.

"Berdasarkan rekod, kuari itu didapati patuh kepada syarat-syarat EIA pada pemeriksaan pada Januari lalu.

"Berikutan isu yang dibangkitkan oleh SAM semalam, JAS menjalankan siasatan susulan ditapak, bagaimanapun setakat ini tiada aduan terus dari penduduk kepada JAS diterima," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan pasukan penguat kuasa JAS Kedah mendapati bahawa kawalan habuk dilaksanakan oleh penggerak projek seperti menjalankan siraman air ke atas permukaan jalan di dalam dan di luar kawasan tapak kuari.

Selain itu, katanya stesen cucian tayar kenderaan (wash trough) juga disediakan di pintu masuk bertujuan mengurangkan kesan habuk dan debu sebelum dibenarkan keluar menggunakan jalan awam.

"Permukaan jalan juga kelihatan basah semasa pemeriksaan dijalankan. Satu unit dron juga diterbangkan untuk tujuan pemantauan udara kawasan tapak kuari dan mendapatkan imej cerapan dari udara keadaan semasa di tapak projek.

"Kekerapan penyiraman air perlu dipertingkatkan dalam cuaca panas dan kering dan perlu dilakukan secara konsisten oleh penggerak projek," katanya.

Sharifah Zakiah berkata, kehadiran segera pegawai JAS di lapangan menunjukkan komitmen jabatan itu dalam menjalankan siasatan aduan pencemaran alam sekitar yang mengganggu orang awam dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 walaupun pihaknya mempunyai kekangan kakitangan untuk memantau pelbagai kegiatan industri serta pembangunan di Kedah.



Disiarkan pada: Ogos 2, 2024 @ 12:49pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.044041 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list