CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6793|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pekerja maut dihempap jentera pengangkut, kilang diberi notis henti kerja serta-merta

[Copy link]
Post time 2-8-2024 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Pekerja maut dihempap jentera pengangkut, kilang diberi notis henti kerja serta-merta


Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 2, 2024 @ 1:36pm [email protected]





Foto hiasan




BUKIT MERTAJAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan notis pemberhentian ke atas kerja-kerja di sebuah kilang pembuatan, di sini, susulan insiden seorang pekerja maut dihempap jentera pengangkut (forklift) pada Isnin lalu.

Pejabat Pengarah JKKP negeri dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan bahawa pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik saja dimaklumkan berhubung insiden itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, katanya, seorang pekerja lelaki warga asing dikatakan sedang melakukan kerja mengangkat dan memindahkan barang-barang dalam kawasan logistik di kilang terbabit.

"Bagaimanapun, mangsa dilaporkan dihempap 'forklift' yang dipercayai hilang keseimbangan ketika memindahkan barang-barang terbabit. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Susulan itu, katanya, satu notis pemberhentian serta-merta ke atas kilang berkenaan dikeluarkan hingga siasatan selesai dijalankan.

"Kami juga telah mengarahkan majikannya untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian, mengambil langkah penambahbaikan dan membuat pembentangan kes kepada pihak jabatan.

"Dalam pada itu, kami akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan serta merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenal pasti, selain mengadakan lawatan susulan ke premis majikan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, setiap majikan bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja selaras dengan Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

"Semua majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, yang mana mereka perlu membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum sebarang aktiviti kerja dijalankan.

"Ini bagi menghapus atau mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam, serta mengelak berlakunya kemalangan ketika aktiviti kerja dijalankan.

"Jabatan memandang serius setiap kemalangan serta penyakit pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan dalam semua sektor, selain sentiasa komited meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negara ini," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.491527 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list