CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19801|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hentikan manipulasi, isu tajaan sumbangan kepada sekolah sudah selesai' - Fadhlina

[Copy link]
Post time 3-8-2024 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Hentikan manipulasi, isu tajaan sumbangan kepada sekolah sudah selesai' - Fadhlina


Nur Izzati Mohamad[email protected]





FADHLINA ketika ditemui pemberita pada Program FIFA Football For School dan Kempen Bola Sepak Wanita FIFA di SK Tasek Permai, Nibong Tebal. FOTO Nur Izzati Mohamad





Nibong Tebal: Semua pihak diminta berhenti memanipulasikan isu berhubung penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah memandangkan ia sudah selesai dan keputusannya dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata pihaknya menghormati keputusan Jemaah Menteri yang mengekalkan garis panduan sedia ada yang beliau berharap tiada lagi isu berbangkit selepas ini.

"Saya rasa isu ini (penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah) sudah pun selesai dan kita kekal bersama dengan keputusan Jemaah Menteri.

"Oleh itu, saya berharap ia tidak berbangkit lagi dengan isu ini tidak lagi dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

"Ini kerana, sekarang adalah masa kita tumpukan kepada isu-isu pembangunan pendidikan yang lebih utama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program FIFA Football For School dan Kempen Bola Sepak Wanita FIFA di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk S Sivasundaram.

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi DAP Guan Eng mengingatkan Fadhlina supaya tidak berpendirian seiring dengan PAS dan Pemuda Umno dalam isu kutipan dana pendidikan Cina dan menegaskan dia bukan Menteri Pendidikan PAS.

Ia susulan Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan Jemaah Menteri mengekalkan garis panduan sedia ada berhubung penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah.

Terdahulu, KPM dalam kenyataan menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

Pada masa sama, KPM memaklumkan, mesyuarat Jemaah Menteri juga mengambil pendirian untuk memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan dana melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan.

Bagaimanapun, penganjuran aktiviti membabitkan jenama minuman keras tidak boleh membabitkan pelajar Islam.

Isu berhubung sumbangan kepada sekolah timbul susulan konsert amal di sebuah sekolah Cina di Sepang, baru-baru ini dilaporkan membabitkan penajaan dan sumbangan syarikat minuman keras.



Disiarkan pada: Ogos 3, 2024 @ 12:46pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.041498 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list