CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50726|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Larangan ambil kerang di perairan Negeri Sembilan, Melaka ditarik balik

[Copy link]
Post time 11-8-2024 04:16 PM | Show all posts |Read mode



Tampin: Larangan pengambilan kerang-kerangan di perairan Negeri Sembilan dan Melaka ditarik balik berikutan penurunan tahap biotoksin ke paras selamat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, aktiviti penjualan yang sebelum dilarang turut dibenarkan semula.

Katanya, penarikan larangan berdasarkan hasil pemantauan rapi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan analisis makmal yang konsisten susulan kes berkenaan.


"Keputusan ini diambil kerana bacaan biotoksin  menunjukkan penurunan di bawah 400 per-bilion bagi sampel ke-15 .

"Oleh itu aktiviti perikanan di kawasan terjejas boleh diteruskan seperti biasa.  Orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mengikuti perkembangan lanjut dari pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan makanan terjamin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pesta Mengoca myKP Sungai Jerneh dan Demonstrasi Masakan Rasa-rasa Akuakultur di Estet Ikan Kampung Sungai Jerneh,Gemencheh di sini, hari ini.


Hadir sama, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain.


Media sebelum ini melaporkan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF Wan Aznan Abdullah  berkata hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Arthur berkata penganjuran program bersama masyarakat ini selain mengangkat tradisi budaya setempat ia juga menjadi platform penting bagi DOF mempromosikan sektor perikanan akuakultur.

"Ia bagi mencapai agenda keterjaminan negara iaitu mewujudkan rantaian nilai yang lebih tangkas dan berdaya tahan dengan aktiviti nilai tambah yang tinggi melalui sistem pengembangan yang mampan.

"Industri akuakultur negara perlu diperkukuh agar lebih berdaya maju dan mampu menampung keperluan sumber protein khususnya daripada industri perikanan air tawar.


"Di Negeri Sembilan, akuakultur adalah penyumbang terbesar pengeluaran perikanan negeri iaitu 90.78 peratus atau 5,587.4 tan metrik pengeluaran ikan secara keseluruhan dengan nilai RM73.8 juta bagi tahun 2023," katanya.


sumber




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.050860 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list