CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95395|Reply: 0

[Perlis] Orang ramai mula jauhkan diri berkunjung ke premis GISB

[Copy link]
Post time 14-9-2024 02:20 AM | Show all posts |Read mode
Orang ramai mula jauhkan diri berkunjung ke premis GISB


Aizat Sharif[email protected]







SALAH sebuah kedai runcit milik GISB, Ikhwan Mart di Kuala Perlis didapati ditutup. FOTO Aizat Sharif





Kangar: Beberapa premis perniagaan yang bernaung di bawah Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perlis mulai terkesan dengan isu yang melanda syarikat berkenaan.

Tinjauan di Lorong Siakap 1, Kuala Perlis mendapati, premis seperti Bakeri Ikhwan, Dobi Ikhwan dan Kafe Ikhwan masih meneruskan operasi, namun pengusaha mengakui orang ramai sudah mulai menjauhi premis.

Tinjauan sama juga mendapati sebuah lagi premis, Ikhwan Mart ditutup dan tidak dapat dipastikan sama ada ia ditutup disebabkan terjejas oleh isu berkenaan atau sememangnya operasinya ditutup pada Jumaat.

Menurut operator Kafe Ikhwan yang tidak mahu dikenali berkata, sejak isu berkenaan menjadi isu besar, perniagaan mereka sudah mulai lesu.

"Ya, sudah ramai pelanggan tetap kita tidak lagi datang ke kedai kami walaupun kami masih meneruskan perniagaan.

"Saya akui ia agak terkesan oleh isu yang sedang melanda pada waktu ini," katanya ringkas ketika ditemui di premis mereka hari ini.

Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin dalam kuliahnya di Masjid Alwi, Kangar semalam berkata, isu membabitkan GISB sudah dibentangkan kepada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak penguat kuasa, namun tiada tindakan yang diambil.

"Isu GISB mula dibangkitkan apabila terdapat kumpulan yang membuat kajian tentang kes ini bertemu beberapa pihak bertanggungjawab tapi tidak ada satu pun yang mengambil tindakan.

"Malah, isu itu tidak diangkat mungkin disebabkan beberapa perkara termasuk sebahagian pihak enggan mengambil risiko selain mungkin ada individu yang tidak mempunyai jiwa besar untuk selesaikan isu," katanya menerusi hantaran video dalam siri kuliah mingguan semalam.



Disiarkan pada: September 13, 2024 @ 5:52pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1133613/orang-ramai-mula-jauhkan-diri-berkunjung-ke-premis-gisb





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058181 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list