CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87553|Reply: 0

[Kedah] JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

[Copy link]
Post time 15-9-2024 03:11 PM | Show all posts |Read mode
JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah


Noorazura Abdul Rahman[email protected]







GISBH di Kedah. FOTO ihsan Facebook





Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Abd Ghani@ZULKIFLI Zainudin berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada siasatan khusus dibuat membabitkan aktiviti syarikat terbabit.

Ini kerana katanya, tiada aduan yang diterima berkaitan salah laku kumpulan terbabit di Kedah.

"Kita di pihak JHEAIK sentiasa memantau pergerakan kumpulan itu di Kedah, tetapi sehingga kini, tiada siasatan khusus dibuat kerana tiada aduan diterima berkaitan salah laku kumpulan ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

GISBH dipalit kontroversi selepas 20 premis yang dikaitkan dengan syarikat itu sebagai pusat jagaan dan rumah amal kendaliannya diserbu polis, Selasa lalu.

Tinjauan sebelum ini mendapati semua perniagaan yang dikendalikan GISBH di negeri ini masih beroperasi seperti biasa.

Perniagaan motel, bakeri dan kafe serta kedai makan dibuka seperti biasa meskipun sebelum ini wujud dakwaan GISBH terbabit mengeksploitasikan kanak-kanak sebagai pekerja.



Disiarkan pada: September 15, 2024 @ 2:40pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1134153/jheaik-pantau-pergerakan-gisbh-di-kedah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.283357 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list