CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50022|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rezeki jaga ibu sakit, Dharsini dapat bantuan sambung belajar

[Copy link]
Post time 16-9-2024 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Rezeki jaga ibu sakit, Dharsini dapat bantuan sambung belajar


Nur Izzati Mohamad[email protected]







STEVEN menjadikan Dharsini Subramaniam sebagai anak angkat dan menanggung pengajiannya di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM). FOTO FB Steven Sim Chee Keong.





Bukit Mertajam: Kisah gadis yang mendapat tawaran belajar di universiti namun menolaknya kerana mahu menjaga ibu mempunyai masalah penglihatan mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Dharsini Subramaniam, 21, sebelum ini ditawarkan untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka namun menolaknya atas faktor kedaifan keluarga.

"Seharusnya ini (tawaran belajar) berita baik sebab memang impian Dharsini selama ini untuk menjadi seorang Software Engineer (Jurutera Perisian), namun oleh sebab keadaan keluarga yang daif, Dharsini mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran tersebut.

"Ibunya seorang OKU penglihatan. Sudah jatuh ditimpa tangga. Beberapa tahun lepas, ibunya accident (kemalangan) menyebabkan kaki pula patah manakala ayahnya sudah tiada.

"Dharsini tak sanggup membebankan ibu tersayang. Yuran universiti campur segala semua kos mencecah puluhan ribu," katanya menerusi Facebook.

Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, gadis itu juga terpaksa bekerja separuh masa di pasar mini dengan pendapatan RM1,500 sebulan, yang digunakan untuk menyara keluarga dan membuat tabungan sedikit demi sedikit.

Demi memastikan pelajar cemerlang itu dapat melanjutkan pengajian, Steven tampil melakukan kejutan dengan mengunjungi Dharsini bersama borang kemasukan UTeM.

Beliau juga menanggung semua kos membuat kejutan buat dua beranak terbabit.

"Saya beritahu Dharsini dan ibunya, kos nak belajar kat UTeM saya tanggung semua termasuk yuran pendaftaran serta komputer riba.

"Kalau dapat PTPTN, dana yang saya bagi itu boleh guna untuk tampung keperluan hidup termasuk keperluan ibunya," katanya yang turut menjadikan gadis itu sebagai anak angkatnya.



Disiarkan pada: September 16, 2024 @ 2:07pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1134496/rezeki-jaga-ibu-sakit-dharsini-dapat-bantuan-sambung-belajar





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.033215 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list