CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38091|Reply: 0

[Perlis] Banjir, air pasang besar bawa sampah cemari persisir pantai Perlis

[Copy link]
Post time 19-9-2024 12:54 AM | Show all posts |Read mode
Banjir, air pasang besar bawa sampah cemari persisir pantai Perlis


Oleh Aizat Sharif - September 18, 2024 @ 8:07pm [email protected]







Keadaan papan tanda yang tumbang dan sampah yang bertaburan akibat fenomena air pasang besar di laluan berdekatan pantai di Kuala Sungai Baru, Kuala Perlis. - NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR





KANGAR: Pertembungan banjir akibat hujan lebat dan fenomena air pasang besar di perairan Perlis menyebabkan pelbagai timbunan sampah terdampar di jalan pesisiran pantai antara Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, hingga Sungai Padang, Sanglang.

Tinjauan di sepanjang jalan berkenaan yang berjarak 2.6 kilometer mendapati pelbagai timbunan sampah sarap yang sebelum ini banyak tersangkut di batuan tembok pemecah ombak di pantai laluan itu bertaburan hingga ke tengah laluan jalan raya itu.

Keadaan itu sekaligus menyukarkan kenderaan yang melalui laluan itu.

Malah, apa yang mengejutkan terdapat juga bangkai kambing yang dipercayai mati dan dihanyutkan ombak dan terdampar ke tengah jalan itu ketika fenomena air pasang berlaku seamalam dan pagi ini.

Timbunan sampah sarap yang terdampar di daratan masih belum dibersihkan pihak berkuasa tempat.



Keadaan papan tanda yang tumbang dan sampah yang bertaburan akibat fenomena air pasang besar ketika tinjauan di ketika tinjauan di Kuala Sungai Baru, Kuala Perlis. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Sementara itu, sehingga jam 7 petang hanya dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Perlis iaitu di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Arau dan PPS Dewan SK Sena di Kangar membabitkan jumlah mangsa keseluruhan adalah 45 orang dari 15 keluarga.

Daripada jumlah itu, 12 orang daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Dewan SK Sena manakala selebihnya di PPS Dewan SK Arau.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang melakukan tinjauan di kedua-dua PPS berkenaan menyifatkan fenomena angin kencang dan hujan lebat itu agak serius walaupun tidak memabitkan jumlah mangsa yang ramai.

Beliau menggesa kepada pihak yang terjejas akibat bencana banjir di negeri itu supaya sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa untuk berpindah kerana masih terdapat sebilangan kecil mangsa banjir yang enggan berpindah dengan alasan mahu menjaga harta benda.

"Penduduk yang dinasihatkan berpindah ini perlu mengikut arahan (pihak berkuasa) kerana apabila air (banjir) mulai naik pada waktu malam maka ia menyukarkan lagi usaha untuk berpindah.

"Selain itu juga, pelbagai ancaman sering berlaku ketika banjir seperti renjatan elektrik disebabkan kawasan yang terjejas berkemungkinan mempunyai wayar elektrik yang boleh berlaku renjatan elektrik dan keduanya adalah ancaman binatang berbisa seperti ular yang sering merayap ketika banjir berlaku sehingga boleh mengancam nyawa penduduk yang terjejas," katanya.

Mohd Shukri berkata, pihaknya termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal akan melihat dan menyalurkan bantuan kepada mangsa.

"Malah Ketua Pengarah Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah pun meluluskan untuk menggerakan Tabung Bencana NADMA dalam membantu mangsa yang terjejas banjir.

"Selain itu, ia turut akan dibantu oleh kerajaan negeri, JKM negeri dan Baitulmal," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1300025/banjir-air-pasang-besar-bawa-sampah-cemari-persisir-pantai-perlis






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.244293 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list