CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37670|Reply: 0

[Kedah] Banjir terburuk selepas 13 tahun - Penduduk Tanjung Bendahara

[Copy link]
Post time 19-9-2024 01:12 AM | Show all posts |Read mode
Banjir terburuk selepas 13 tahun - Penduduk Tanjung Bendahara


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







Keadaan banjir di Taman Tanjung Bendahara susulan hujan lebat sejak semalam hingga hari ini. FOTO WAN NABIL NASIR





Alor Setar: Penduduk di kawasan Tanjung Bendahara, di sini menyifatkan banjir yang berlaku di kawasan adalah yang paling buruk selepas lebih 13 tahun kejadian sama berlaku pada tahun 2010.

Tinjauan yang dilakukan di kawasan itu mendapati, kebanyakan mangsa banjir memberitahu air memenuhi kawasan perumahan dengan cepat sebelum masuk ke dalam rumah.

Ini disebabkan kedudukan taman perumahan itu berada di tepi sungai utama iaitu Sungai Kedah selain turut berlaku pertembungan air pasang besar hari ini mengakibatkan air melepasi paras lutut.

Penduduk, Mohamad Hisyam Khalid, 41 berkata, hampir kesemua penduduk taman perumahan berkenaan terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, di sini selepas kediaman mereka dinaiki air.

Katanya, disebabkan bimbang dengan keadaan situasi semasa banjir selain paras air sungai yang kebanyakannya sudah melepasi paras bahaya, penduduk terus berpindah ke PPS meninggalkan kediaman mereka.

"Kami bersiap sedia untuk pindah selepas pasukan penyelamat menasihatkan supaya kami berpindah kerana bimbang malam ini berlaku air pasang besar.

"Jika ia benar berlaku, paras air akan terus meningkat. Rasanya ini paling teruk, yang tahun 2021 tak macam ini, itu sikit saja tapi kali ini teruk dan disebabkan itu kami melakukan persiapan untuk berpindah.

"Kami tak jangka besar macam ini jadi cuma angkat barang sikit-sikit sahaja. Sebelum ini kami angkat biasanya paras satu bata, kali ini empat bata digunakan untuk angkat barang bagi tinggi," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Penduduk lain, Ahmad Syakir Rosli, 39, pula berkata, dia segera berpindah ke PPS terdekat kerana ibunya perlu menjalani rawatan dialisis yang sebelum ini dibuat di kediaman mereka setiap hari.

"Bekalan elektrik di rumah terputus. Saya bimbang kesihatan emak tidak stabil kerana peralatan mesin itu menggunakan elektrik. Sebab itu saya bawa emak ke PPS supaya dia boleh sambung menggunakan mesin dialisis di situ," katanya.

Sementara itu, Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya melakukan operasi memindahkan mangsa banjir di kawasan Taman Tanjung Bendahara ke PPS berhampiran selepas kebanyakan kediaman penduduk di situ dinaiki air.



Disiarkan pada: September 18, 2024 @ 11:49pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1135313/banjir-terburuk-selepas-13-tahun-penduduk-tanjung-bendahara





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.489374 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list