CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28942|Reply: 0

[Kedah] Banjir di Kedah makin buruk, 3,441 mangsa berlindung di 28 PPS

[Copy link]
Post time 19-9-2024 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Banjir di Kedah makin buruk, 3,441 mangsa berlindung di 28 PPS


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 19, 2024 @ 8:57am[email protected]







Penduduk di Taman Tanjung Bendahara yang terjejas akibat banjir di Alor Setar. - Foto WAN NABIL NASIR




ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah makin buruk dengan enam lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan seramai 3,441 mangsa daripada 978 keluarga di tujuh daerah di negeri ini, setakat jam 8 pagi tadi.

Ini menjadikan sebanyak 28 PPS yang beroperasi di Kedah setakat ini.

Tujuh sungai di negeri itu juga menunjukkan trend menaik dan sudah melepasi tahap bahaya setakat jam 8 pagi.

Tiga sungai di daerah Kubang Pasu iaitu Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Bata di Kampug Bata, Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, diikuti Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR di daerah Kota Setar, Sungai Perik di Kampung Perik di Padang Terap, Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang masih melepasi tahap bahaya ketika ini.

Berdasarkan laman web Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah menunjukkan, mangsa banjir terus bertambah di daerah Kota Setar iaitu seramai 1,205 mangsa daripada 342 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.

Satu PPS di daerah Bandar Baharu yang baru dibuka semalam pula menempatkan seramai 113 mangsa daripada 25 keluarga berikutan paras air yang semakin meningkat.

Di Kubang Pasu pula, seramai 704 mangsa daripada 214 keluarga masih ditempatkan di tujuh PPS yang dibuka sejak Isnin lalu.

Selain itu, mangsa banjir di daerah Pendang pula menempatkan seramai 429 mangsa daripada 108 keluarga di tiga PPS manakala seramai 773 mangsa daripada 213 keluarga ditempatkan di tiga PPS daerah Pokok Sena.

Selain itu, daerah Kuala Muda pula menempatkan seramai 131 mangsa daripada 50 keluarga ditempatkan di tiga PPS dan daerah Kulim pula menempatkan seramai 86 mangsa daripada 26 keluarga.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, pihaknya sudah melakukan persediaan dari segi bekalan asas dan makanan untuk semua mangsa banjir di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan jumlah mangsa banjir akan bertambah berikutan masih ada mangsa yang dipindahkan ke PPS setakat ini.

Tiga sungai lagi iaitu Sungai Sedim di daerah Baling, Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya di daerah Kota Setar dan Sungai Gurun di Kampung Perupok di Yan sudah melepasi tahap amaran.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300136/banjir-di-kedah-makin-buruk-3441-mangsa-berlindung-di-28-pps






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.218381 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list