CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25719|Reply: 0

[Kedah] 8,066 mangsa banjir direkodkan di Kedah setakat 8 malam tadi

[Copy link]
Post time 22-9-2024 01:54 AM | Show all posts |Read mode
8,066 mangsa banjir direkodkan di Kedah setakat 8 malam tadi


Oleh BERNAMA - September 21, 2024 @ 11:18pm






Sekumpulan kanak-kanak bermain air di halaman rumah mereka di Kampung Suka Menanti ketika tinjauan banjir di sekitar Alor Setar hari ini. - Foto BERNAMA




KUALA LUMPUR: Seramai 8,066 mangsa banjir sedang ditempatkan di 41 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah, setakat jam 8 malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua 2,582 keluarga berkenaan membabitkan penduduk di lima daerah di negeri itu.

Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa terbanyak iaitu 4,291 orang, diikuti Pendang (1,483), Kubang Pasu (1,349), Pokok Sena (796) dan Bandar Baharu (147).


Keadaan Kampung Alor Ganu yang masih di tenggelami air walaupun sudah hari ke 5 banjir di Kedah. - Foto NSTP/ WAN NABIL NASIR.

Dalam pada itu, laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan lima sungai di Kedah berada pada paras bahaya.

Sungai berkenaan adalah Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Bata di Kampung Bata di Kubang Pasu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar.

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 27 orang daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Changkat Lobak di Kerian, setakat jam 8 malam.



Limpahan air Sungai Kedah memberi peluang kepada tiga beradik Syalia Izz Zara,12, Syasya Auni Amani,10, dan Syafia Afrin Nafeesa Mohd Shaharuddin,7, bermain kayak di halaman rumah saudara mereka di Kampung Titi Gajah ketika tinjauan banjir di sekitar Alor Setar hari ini. - Foto BERNAMA


Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan Kolam Air Bukit Merah di Kerian berada pada tahap amaran dengan paras air setinggi 9.08 meter.
- BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301330/8066-mangsa-banjir-direkodkan-di-kedah-setakat-8-malam-tadi






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.038845 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list