CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69572|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiada hubungan keluarga, hanya sama nama bapa - Fahmi

[Copy link]
Post time 6-10-2024 01:21 AM | Show all posts |Read mode
Tiada hubungan keluarga, hanya sama nama bapa - Fahmi

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berucap pada program Sesi Sembang Santai bersama Komuniti MADANI Pulau Pinang di Restoran D'Sampan Seafood, Gelugor. FOTO MIKAIL ONG





Georgetown: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil buat pertama kali tampil menyangkal beliau mempunyai kaitan dengan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Anuar Fariz Fadzil.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkongsi beliau mempunyai seorang abang yang bekerja dalam syarikat membabitkan penghasilan bahan kimia dan seorang adik yang berkecimpung dalam industri seni sebagai pemuzik.

"Adik saya seorang pemuzik dan dia tidak pernah dapat satu sen pun (dana) di bawah program berkaitan Kementerian, saya tidak akan membenarkan," katanya ketika berucap pada pada Program Sembang Santai Komuniti Madani Pulau Pinang di sini, hari ini.

Fahmi ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata, beliau juga tidak mempunyai pertalian saudara atau hubungan dengan Anuar Fariz dan hanya mempunyai persamaan ejaan nama bapa.

Beliau turut berharap, perkara itu dapat menjadi pengajaran kepada semua selain mengingatkan masyarakat supaya berwaspada dengan sebarang maklumat yang diterima mereka.

"Nama bapa saja sama. Sepupu pun bukan, bau-bau bacang pun tiada. Ayah lain, mak lain. Saya tak ada kaitan dengan pelantikan itu.

"Jadi semua yang cuba membuat fitnah, saya harap mereka sedarlah. Jangan terlalu mudah untuk menabur fitnah," katanya.

Khamis lalu, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menerusi laman Facebook bertanya sama ada Anuar Fadzil adalah adik kepada Fahmi.

Namun, beliau mengemas kini hantaran tersebut dalam satu tulisan bertajuk Ralat Adik Fahmi Fadzil dan menyatakan tidak membuat tuduhan atau fitnah terhadap kedua-dua individu terbabit.



Disiarkan pada: Oktober 6, 2024 @ 12:40am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1141313/tiada-hubungan-keluarga-hanya-sama-nama-bapa-fahmi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.044506 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list