CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15138|Reply: 0

[Kedah] 'Berat ujian mu dik', benjolan mata Muhammad Faqqeh Adha semakin membesar

[Copy link]
Post time 7-10-2024 10:16 AM | Show all posts |Read mode
'Berat ujian mu dik', benjolan mata Muhammad Faqqeh Adha semakin membesar


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 7, 2024 @ 8:51am[email protected]




Pengerusi CSM, Zuraini Kamal (kanan) melihat benjolan pada mata kanan Muhammad Faqqeh Adha, 2, yang menghidap kanser retinoblastoma. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli





PADANG TERAP: Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian, 2, sepatutnya ceria menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain namun kehidupannya berubah selepas dia disahkan menghidap kanser retinoblastoma, tahun lalu.

Kanser itu menyerang saraf pada mata kanannya sehingga menyebabkan benjolan pada matanya itu semakin membesar malah besar sedikit daripada bola tenis.

Menurut ibunya, Nor Ashma Abdullah, 43, anak bongsunya itu dikesan menghidap kanser selepas mengalami demam panas yang tinggi ketika berusia sekitar sembilan bulan.

Katanya, selepas itu bahagian kanan mata anaknya itu bersinar seperti mata kucing.

"Ketika itu kami tidak syak apa-apa namun ketika usia Faqqeh setahun, saya mendapati matanya bengkak dan merah sebelum terus membawanya ke klinik kesihatan berhampiran.

"Selepas itu, kesnya kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar sebelum doktor mengesahkan dia menghidap kanser berdasarkan sampel darah yang diambil," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak, di sini, semalam.



Benjolan pada mata kanan Muhammad Faqqeh Adha, 2, semakin membesar yang penuh dengan darah dan isi. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli

Menurutnya, disebabkan masalah kewangan dan doktor memaklumkan usia anaknya tidak panjang, dia berusaha ikhtiar lain untuk memastikan anaknya sihat.

Katanya, setiap hari dia memberi Faqqeh minum air zam-zam selain memberinya susu badan serta susu tepung dengan menggunakan saluran tiub.

"Berat badan Faqqeh juga menurun sehingga tiga kilogram (kg) malah benjolan di mata kanannya juga semakin besar.

"Benjolan itu bercampur dengan daging serta darah sehinggakan ia pecah malam kelmarin dan mengakibatkan darah keluar dengan banyak," katanya yang juga seorang surirumah.

Menurutnya, suaminya, Abu Soffian Ghazali, 51, yang hanya penoreh getah tidak dapat bekerja disebabkan cuaca yang tidak menentu selain bergilir menjaga Faqqeh jika dia melakukan keja rumah.

Katanya, lima anak yang lain masih bersekolah dan disebabkan itu mereka memerlukan wang yang banyak untuk menyara kehidupan keluarga selain membeli susu untuk anaknya.

"Doktor mengesyorkan Faqqeh perlu minum susu formula khas tetapi disebabkan tidak mampu, saya hanya mampu memberinya susu badan dan susu tepung biasa yang jauh lebih murah.

"Namun Faqqeh hanya minum susu sikit saja menyebabkan berat badannya makin susut dan makan apa saja yang disuap tetapi dia seakan tidak berselera," katanya.

Nor Ashma berkata, sebelum ini bengkak itu terus membesar tetapi mengecut sedikit selepas dia menyapu krim yang dibeli di farmasi seperti yang disyorkan oleh doktor hospital.

Katanya, bebola mata kanan anaknya juga sudah tidak kelihatan disebabkan bercampur dengan daging serta benjolan itu.

"Saya hanya pentingkan kesihatan nyawanya dan kalau boleh benjolan ini kecut sepenuhnya, itu sudah memadai.

"Sekiranya pembedahan membuang benjolan ini dapat membantu Faqqeh, saya amat bersyukur tetapi ia memberi risiko, saya bimbang untuk meneruskannya," katanya.

Katanya, dia dan suami tidak sanggup apabila melihat benjolan itu pecah dan keluar darah kerana dapat merasai kesakitan anak mereka alami.

Menurutnya, disebabkan itulah dia takut untuk menanggalkan Faqqeh sendirian dan bergilir menjaga anak bongsunya itu.

"Kalau tinggalkan dia sendirian, dia akan merengek dan menangis. Disebabkan itulah saya atau suami seringa menemaninya walau dia tidur," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Rakyat 221261054947 milik Nor Ashma Abdullah atau menghubungi talian 014-9718095.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahi kanak-kanak itu menyampaikan sumbangan kepada ibu bapanya untuk meringankan beban mereka.

Katanya, CSM turut memberi sokongan kepada keluarga berkenaan untuk meneruskan rawatan hospital untuk anak mereka.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307598/berat-ujian-mu-dik-benjolan-mata-muhammad-faqqeh-adha-semakin






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.182335 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list