CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33150|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nasib Akmal Rizal terus jadi tanda tanya

[Copy link]
Post time 22-10-2024 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Nasib Akmal Rizal terus jadi tanda tanya

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Oktober 22, 2024 @ 4:45pm [email protected]




Akmal Rizal pada perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang FC di Stadium Bandaraya, Ahad lalu. Foto: Facebook Penang FC





GEORGETOWN: Nasib ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli sama ada akan direhatkan atau kekal mengemudi pasukan masih menjadi tanda tanya selepas mesyuarat tergempar Ahli Lembaga Pengarah (BOD) diadakan semalam.

Pengurusan Penang FC dalam satu kenyataan memberi bayangan bahawa pihak mereka bakal mengambil beberapa keputusan yang dianggap penting dan drastik demi masa depan kelab bola sepak itu.

"Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan semalam untuk membincangkan dan membuat beberapa keputusan penting dan drastik berikutan keputusan beberapa perlawanan yang tidak memuaskan pasukan Liga Super Penang FC.

"Beberapa perkara penting dibincang dan dipertimbangkan dalam mesyuarat itu bagi memastikan kepentingan pasukan dan penyokong diutamakan," katanya menerusi hantaran Facebook, petang ini.

Penang FC berkata, keputusan yang bakal diambil secara khusus dijangka akan memberi tumpuan untuk mengukuhkan prestasi pasukan pada masa sama memulihkan komitmen pemain serta barisan kejurulatihan terhadap kecemerlangan meliputi dalam dan luar padang.

"Pengurusan Penang FC akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan penting dan drastik ini yang dibuat selepas beberapa aspek dimuktamadkan dalam waktu terdekat ini," katanya.

Prestasi skuad Harimau Kumbang di bawah kendalian Akmal Rizal mula dipersoalkan selepas pasukan itu tidak mencatatkan kemenangan dalam lima perlawanan terakhir apabila hanya merekodkan dua seri dan selebihnya tewas.

Sekiranya Penang FC memilih untuk tidak menggunakan khidmat Akmal Rizal, pasukan itu bakal menjadi pasukan Liga Super ketiga menukar ketua jurulatih selepas Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC pada musim ini.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/10/1314504/nasib-akmal-rizal-terus-jadi-tanda-tanya





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035452 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list