CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41887|Reply: 0

[Johor] Suri rumah didakwa subahat culik ahli perniagaan

[Copy link]
Post time 10-11-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode

CHAN Wan Kooi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bagi tujuan menuntut wang tebusan RM20 juta, bulan lalu. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bagi tujuan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

Tertuduh, Chan Wan Kooi, 57, faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Mandarin terhadapnya.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Hazeelia Muhammad kerana kes berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan persubahatan jenayah dengan Chong Shih Ming, Luong Van Tung dan Tran Van Chung melakukan kesalahan menculik lelaki berusia 59 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM20 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Straits View, di sini, kira-kira 5 pagi pada 13 Oktober lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 40 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz Abdul Kohar membantah sebarang jaminan diberikan terhadap tertuduh memandangkan kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi termasuk isu jaminan.

Peguam Datuk Jagjit Singh Bant Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan atas faktor anak guamnya sudah berada dalam tempoh tahanan reman yang lama, ditambah mempunyai masalah jantung.

"Tertuduh mempunyai tiga anak berusia 28 hingga 36 tahun dan mempunyai empat cucu berusia empat hingga sembilan tahun. Tertuduh menjaga semua cucu-cucunya.

"Anak guam saya menjalani pemeriksaan berkala bagi masalah kesihatannya. Difahamkan, tertuduh juga adalah pengarah bagi dua syarikat dan beralamat tetap di Johor Bahru.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nor Maisarah Hassan, manakala Fairoz Elyas Majeed dan Ng Kian Pin bertindak sebagai peguam pemerhati.

Mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan dan tiada sebarang jaminan dibenarkan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 November ini.

Pada 4 November lalu, Chong, 46, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim atas tuduhan menculik ahli perniagaan itu dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM20 juta di lokasi, masa dan tarikh sama.

Manakala, Luong, 39, dan Tran, 29, yang didakwa bersama Chong tidak membuat sebarang pengakuan kerana tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Malaysia.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1960 (Akta 365) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 40 tahun dan dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Sesyen membenarkan Chong diikat jamin sebanyak RM50,000, namun Mahkamah Tinggi, di sini, membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk membuat semakan jaminan itu.

Maka, jaminan yang dibenarkan Mahkamah Sesyen diketepikan dan Chong kemudian ditahan di Penjara Ulu Choh, Pontian.


Disiarkan pada: November 10, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.244923 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list