CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11194|Reply: 0

[Sarawak] Penalti lebih tinggi dipertimbang kepada pihak rosakkan sistem bekalan air

[Copy link]
Post time 19-11-2024 10:00 AM | Show all posts |Read mode


TEKS: Julaihi (tengah) menunjukkan ucapan penggulungannya. Turut kelihatan timbalannya Datuk Liwan Lagang (kiri) dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi sedang mengkaji untuk mempertimbangkan pindaan ke atas seksyen berkaitan dalam Ordinan Air, 1994.

Menterinya Dato Sri Julaihi Narawi berkata ia bertujuan mengenakan penalti yang lebih tinggi dan hukuman setimpal kepada pihak yang cuai dan menyebabkan kerosakan kepada sistem bekalan air di Sarawak.

“Di Sarawak, penalti yang dikenakan bagi kesalahan pertama adalah RM5,000 sahaja tidak termasuk kos baik pulih kerosakan berbanding Semenanjung Malasia dan Sabah yang tidak melebihi RM50,000.

“Manakala penalti di Singapura adalah lebih tinggi iaitu tidak melebihi SDG 40,000 berbanding di Malaysia.

“Oleh itu kementerian saya memandang serius terhadap perkara ini dan sedang mengkaji untuk mempertimbangkan pindaan ke atas seksyen berkaitan dalam Ordinan Air, 1994,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Ditanya bila pindaan ke atas ordinan itu akan dibuat, Julaihi berkata kajian menyeluruh akan dibuat termasuk jumlah penalti yang akan dikenakan.

Beliau juga tidak menolak jumlah penalti yang akan dikenakan berkemungkinan setara dengan yang dikenakan di Semenanjung Malaysia dan Sabah iaitu tidak melebihi RM50,000.

Julaihi juga berkata beliau bersetuju jika penalti turut dikenakan ke atas kerosakan melibatkan utiliti lain di negeri ini seperti bekalan elektrik dan telekomunikasi.

“Saya akan meminta agensi utiliti untuk mengkaji perkara ini juga sebab kerosakan itu bukan hanya berlaku kepada utiliti air tetapi juga elektrik dan telekomunikasi.

“Jadi saya setuju kalau perlu dikaji, kita kaji supaya penalti lebih tinggi dapat dikenakan dan ada prosedur operasi standard (SOP) yang tepat apabila membuat kerja berhampiran jajaran utiliti pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu dalam penggulungannya Julaihi berkata sejak kebelakangan ini, sering berlaku gangguan bekalan air disebabkan kecuaian pihak ketiga termasuk kontraktor semasa mereka melaksanakan kerja-kerja pembinaan.

Katanya tidak kurang juga kerosakan paip disebabkan kecuaian pihak lain semasa kemalangan lalu lintas dan kegiatan vandalisme.

“Kerosakan yang berlaku pada saluruan paip mengambil masa yang lama untuk dibaik pulih dan menjejaskan perkhidmatan bekalan air.

“Ini juga menyukarkan aktiviti harian pengguna selain memberi imej yang buruk kepada agensi bekalan air.

“Kerosakan ini juga menyebabkan agensi bekalan air terpaksa menanggung kesulitan untuk mengesan kerosakan dan kerja-kerja membaiki paip rosak,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.180550 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list