CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11008|Reply: 1

[Kedah] Luar biasa beban derita dipikul Nor Aza

[Copy link]
Post time 31-12-2024 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Luar biasa beban derita dipikul Nor Aza

Zuliaty Zulkiffli[email protected]






Alor Setar: "Tiada harta yang saya ada dalam dunia ini melainkan empat anak serta sebuah kereta Perodua Kancil yang sudah uzur ini untuk kegunaan harian menghantar anak-anak ke sekolah.

"Kereta ini sudah banyak kali rosak tetapi saya tiada duit untuk membeli baru melainkan terpaksa membaikinya mengikut kemampuan," kata Nor Aza Hamzah, 43.

Kisah kesusahan Nor Aza turut ditular di media sosial oleh Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang simpati melihat wanita itu terpaksa menggunakan kereta 'buruk' miliknya untuk kegunaan harian.

Nor Aza adalah ibu tunggal selepas suaminya, Mohd Asri Zakaria meninggal dunia akibat kanser buah pinggang, kira-kira dua tahun lalu.







Selain itu, kisah Nor Aza menjaga suaminya pernah disiarkan Harian Metro 4 November 2022 kerana menjaga suaminya yang sakit selain menjaga empat anaknya berusia tiga hingga 11 tahun termasuk seorang daripadanya Orang Kelainan Upaya (OKU) autisme.

Selain itu, Nor Aza turut menjaga ibu mentuanya, Aishah Salleh, 75, serta ibu saudaranya yang mengalami masalah jiwa.

"Dengan kereta inilah saya membawa anak-anak ke sekolah setiap hari serta ibu mentua ke klinik atau hospital.

"Pernah beberapa kali juga kereta ini rosak di tengah jalan tetapi saya tak mampu beli baru walaupun kereta terpakai kerana tiada wang simpanan selepas suami meninggal dunia.

"Saya anak yatim piatu dan menumpang tinggal di rumah mentua. Sejak itulah saya buat segala-galanya untuk menyara keluarga termasuk menternak itik untuk membuat telur masin.

"Hasil jualan telur masin itulah saya gunakan untuk membesarkan anak-anak kerana saya tidak mempunyai harta," katanya ketika ditemui di Kampung Senjana, Mukim Titi Gajah, di sini, semalam.

Menurutnya, dia turut mengambil upah menyiang ikan keli dengan upah RM100 seminggu dan duit itulah digunakan untuk membaiki kereta jika rosak selain minyak kereta.

Katanya, adakalanya dia malu untuk berhadapan dengan masyarakat disebabkan kesusahan hidup yang dilaluinya terpaksa membesarkan anak-anak sendirian.

"Tiga anak saya, Aqil Amjad Mohd Asri, 11; Aina aqilah, 10 dan Alim Ajwad, tujuh tahun (autisme) masih bersekolah manakala anak bongsu Aimi Mariam berusia tiga tahun.

"Kos sara hidup juga semakin tinggi tetapi saya akan lakukan segalanya demi anak-anak dan keluarga," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam 02039024571709 (Nor Aza Hamzah).

Sementara itu, Pengerusi CSM, Zuraini berkata, sebelum ini pihaknya turut membantu Nor Aza menyelesaikan hutang tertunggak sebanyak RM3,000 dua anaknya yang belajar di sebuah sekolah agama di Kubang Pasu.

Beliau berkata, selain itu CSM turut membantu Nor Aza dengan pemberian barangan dapur sebelum ini sejak dia menjaga suaminya yang sakit.



Disiarkan pada: Disember 31, 2024 @ 10:42am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1171331/luar-biasa-beban-derita-dipikul-nor-aza



Nor Aza Hamzah (kanan) menceritakan masalahnya kepada Pengerusi CSM, Zuraini Kamal apabila kereta Perodua Kancil miliknya kerap rosak. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2024 12:17 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055993 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list