CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10468|Reply: 0

[Pulau Pinang] Elak kekurangan air, PBAPP lanjut AIDAP ke 2025

[Copy link]
Post time 31-12-2024 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Elak kekurangan air, PBAPP lanjut AIDAP ke 2025

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




FOTO HIASAN





Georgetown: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) meneruskan pelaksanaan Pelan Tindakan Empangan Air Itam (AIDAP) pada 2025 bagi mengelak kekurangan sumber itu di kawasan Air Itam, Farlim dan kawasan sekitarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk K Pathmanathan berkata walaupun laporan cuaca antarabangsa tidak meramalkan fenomena El Nino panas dan kering pada tahun depan, pihaknya perlu bertindak secara berhati-hati bagi mengelak kekurangan air.

Sehubungan itu, katanya, tiga protokol utama AIDAP akan terus dilaksana kepada pengguna air di kawasan perkhidmatan Empangan Air Itam iaitu dengan mengehadkan pelepasan sebanyak 22 juta liter sehari (JLH).

"Air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua Seberang Perai juga akan dipam sehingga 33 JLH ke kawasan perkhidmatan Empangan Air Itam.







"Pengeluaran air terawat di LRA Air Itam akan dioptimumkan terutama kepada ketersediaan air mentah daripada dua sumber air lain iaitu muka sauk utama dan muka sauk tat," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Empangan Air Itam memulakan operasi tahun 1963 dengan kapasiti simpanan maksimumnya ialah sebanyak 2,159 juta liter (ML) berbanding kapasiti simpanan maksimum Empangan Teluk Bahang (18,240 ML) dan Empangan Mengkuang Dipertulus (86,400 ML).

Kapasiti efektif Empangan Air Itam ialah sebanyak 76.7 peratus sehingga semalam dan tanpa hujan atau intervensi kejuruteraan bekalan air, rizab Empangan Air Itam mungkin akan habis dengan cepat pada tahun 2025.

Mengulas lanjut Pathmanathan berkata, pada 2024, pelaksanaan protokol itu adalah bagi memastikan tiada isu bekalan air utama di Air Itam dan Farlim berkaitan fenomena El Nino panas dan kering yang berpanjangan.

Katanya, penggunaan air harian adalah dalam kawalan sebanyak 28,948 pengguna air berdaftar di kawasan perkhidmatan Empangan Air Itam dan ia hanya boleh diisi semula oleh hujan.

"Pada tahun 2023, penggunaan air domestik per kapita di Pulau Pinang ialah sebanyak 284 liter/kapita/hari (LKH) manakala purata kebangsaan ialah 237 LKH, atau kurang 16.5 peratus, sementara Singapura melaporkan angka 141 LKH bagi 2023.

"Purata kebangsaan Malaysia dan data Singapura menunjukkan bahawa secara purata, rakyat Pulau Pinang menggunakan terlalu banyak air di rumah.

"Penggunaan domestik per kapita yang tinggi mempunyai kesan dan salah satu kesannya ialah risiko krisis air yang lebih tinggi apabila pengguna air menggunakan lebih banyak air daripada yang mungkin dibekalkan oleh empangan semasa musim kemarau.

"Kesan lain ialah kos tinggi bagi infrastruktur bekalan air tambahan yang pasti akan dibayar oleh pengguna air melalui kadar air, jauh lebih tinggi," katanya lagi.

Menurut Pathmanathan, sebagai persediaan menjelang tahun 2025, senario di kawasan perkhidmatan Empangan Teluk Bahang iaitu Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjong Bungah, Tanjong Tokong dan kawasan sekitarnya juga kurang memberangsangkan.

"Kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang semalam ialah sebanyak 61.7 peratus namun begitu ia adalah empangan yang besar, daripada segi jumlah sebenar, kapasiti efektifnya ialah 18,240 ML atau 844.8 peratus lebih daripada 2,159 ML Empangan Air Itam.

"Malangnya, walaupun PBAPP mungkin melaksanakan AIDAP bagi menyokong Empangan Air Itam, kami mungkin tidak mengepam air terawat dari Seberang Perai ke kawasan perkhidmatan Empangan Teluk Bahang," katanya.



Disiarkan pada: Disember 31, 2024 @ 12:19pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1171373/elak-kekurangan-air-pbapp-lanjut-aidap-ke-2025




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.035014 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list