View: 6360|Reply: 10
|
Singapura turunkan tarif elektrik, gas dari Januari hingga Mac 2025
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Rakyat Singapura bakal menikmati kadar bil elektrik dan gas yang lebih murah dari Januari hingga Mac 2025 berikutan kos bahan api dan tenaga yang lebih rendah.
Memetik laporan dari Straits Times Singapura, dalam tempoh tiga bulan akan datang, pengguna yang dibekalkan oleh pengendali grid SP Group akan menyaksikan penurunan sebanyak 3.4 peratus dalam tarif elektrik berbanding suku sebelumnya, menurut kenyataan kumpulan itu pada 30 Disember.
Bagi isi rumah, ini bermakna tarif sebanyak 28.12 sen per kilowatt-jam (kWh) sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), turun daripada 29.10 sen yang dikenakan ketika ini.
Sebagai contoh, sebuah isi rumah HDB empat bilik secara purata mungkin melihat penurunan sebanyak S$3.58 dalam bil elektrik bulanan mereka sebelum GST.
Tarif elektrik dikira berdasarkan empat komponen, termasuk kos tenaga yang mengambil kira harga gas asli yang diimport dan kos operasi stesen janakuasa, antara lain.
Sementara itu City Energy, pengeluar dan penjual gas paip, dalam kenyataan berasingan pada 30 Disember lalu menyatakan bahawa tarif gas akan turun daripada 22.97 sen per kWh sebelum GST bagi tempoh Oktober hingga Disember, kepada 22.72 sen dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Dengan GST, tarif yang disemak semula adalah sebanyak 24.76 sen per kWh.
Kedua-dua pengendali berkata bahawa tarif akan berubah-ubah dari suku ke suku tahun bergantung kepada harga bahan api global.
SUMBER: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Singaporw nak nganjing tnb ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
but seriously. I lived at 1 bedroom flat. Pindah masuk last year bulan February. First month kena bayar becoz of deposit and to on the power supply. Lepas tu sampai hari ni tak kena bayar apa2 coz dapat rebate which covers my monthly electrity bills. |
|
|
|
|
|
|
|
Turun pun tetaplah plg mahal bbanding negara2 jiran kan..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
apa tak high usage. Every where air con. Shopping malls, indoor stadium, Mrt station, bus interchange, community centre, public schools and banyak lagi.
Almost 90 % house owner pakai ac and that's consume high energy |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu la singaporean ni sangat kedekut! serba serbi mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik singapore x de acik walanon kaki flex solar |
|
|
|
|
|
|
|
"masih mahal bebanding tarif elektrik malaysia....
tnb masih boleh naik kan rega...janji tak mahal macam singapore...."
- CEO TNB |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ni zaman jibby , abah cirit , mael , atau madey musti geng walanon tgh galakkkkkkkkk sgt menganjing TNB..tapi sekarang berbeza pula reaksinya khenn????? Kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
makin byk data centre bukak kt msia makin stress grid elektrik
makin menuntut tnb bina plant baru makin menuntut tnb naikkan kadar letrik |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ka tugas itu sepatutnya diambil alih oleh PN or what they call walanun ka apa? Maybe you should ask where are they instead.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|