CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22669|Reply: 0

[Kedah] 333,084 pelajar terima manfaat Bantuan Awal Persekolahan di Kedah

[Copy link]
Post time 13-1-2025 02:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-1-2025 02:22 AM

333,084 pelajar terima manfaat Bantuan Awal Persekolahan di Kedah

NURUL HIDAYAH HAMID
12 Januari 2025 05:40pm





Dr Mohd Azam (tengah) menyerahkan cek kepada Ismail (dua kiri) pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2025 Peringkat Negeri Kedah di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, di sini, Ahad.




ALOR SETAR - Seramai 333,084 pelajar akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) melibatkan peruntukan lebih RM49 juta untuk diagihkan ke 749 sekolah di seluruh Kedah.

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Dr Mohd Azam Ahmad berkata, setiap pelajar akan menerima bantuan bernilai RM150 tanpa mengira latar belakang ekonomi ataupun pendapatan keluarga.


Beliau memaklumkan, bantuan terbabit adalah sebahagian daripada inisiatif khusus untuk pendidikan anak bangsa.

"Kami berharap dengan penyerahan bantuan ini, sekolah-sekolah dapat menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada murid-murid bagi kalendar akademik 2025-2026.


"Bantuan ini bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam membuat persediaan untuk anak-anak mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2025 Peringkat Negeri Kedah di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, di sini, Ahad.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Pengarah JPN Kedah, Ismail Othman.


Beliau menambah, bantuan bernilai RM150 diingatkan untuk diagihkan kepada seluruh pelajar di negeri ini tanpa sebarang potongan untuk yuran atau sumbangan.

"Ini adalah untuk kegunaan anak-anak kita sepenuhnya," katanya.


Beliau berkata, bantuan diberikan diharap dapat membantu anak-anak pelajar supaya dapat bersekolah dengan lebih baik.

"Kami ingin memberikan akses pendidikan yang berkualiti kepada semua anak-anak kita, baik di bandar mahupun di kampung.

"Inisiatif ini adalah untuk memastikan tiada seorang pun yang tertinggal disebabkan masalah kewangan," jelas beliau lagi.


Dr Mohd Azam berpandangan, pemberian bantuan awal persekolahan itu adalah bukti komitmen kerajaan Madani dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan membantu keluarga yang memerlukan.

"Kami berharap nanti anak-anak kita dapat dibangunkan sebagai insan yang berkualiti untuk agama, bangsa, dan negara," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/706756/edisi/utara/333084-pelajar-terima-manfaat-bantuan-awal-persekolahan-di-kedah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.467774 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list