CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5961|Reply: 0

[Pulau Pinang] 23 cedera selepas bas jemaah surau rempuh belakang lori

[Copy link]
Post time 14-1-2025 12:14 PM | Show all posts |Read mode
23 cedera selepas bas jemaah surau rempuh belakang lori

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 14, 2025 @ 11:43am[email protected]




Keadaan bas persiaran yang remuk akibat merempuh belakang sebuah lori kontena di KM 157.8 Lebuhraya Utara Selatan dekat Sungai Bakap awal pagi tadi.





NIBONG TEBAL: Sebuah bas persiaran bersama 24 jemaah surau dari di Seremban, terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena di Kilometer (KM) 157.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan dengan Kawasan Rehat dan Rawat ( R&R ) Sungai Bakap di sini, pagi tadi.

Dalam insiden itu, seramai 23 mangsa dilaporkan cedera dan kini menerima rawatan di dua buah hospital di negeri ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap serta Nibong Tebal bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 4.16 pagi berhubung insiden berkenaan.

"Ketika tiba di sana, sebuah bas persiaran yang membawa 24 penumpang dengan dua pemandu didapati melanggar belakang sebuah lori kontena.


"Terdapat 23 mangsa mengalami kecederaan termasuk dua pemandu bas manakala tiga tidak mengalami kecederaan.

"Dalam kemalangan ini tiada mangsa yang tersepit dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) serta Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, siasatan kes kemalangan itu dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, bas persiaran itu dalam perjalanan membawa rombongan jemaah surau berkenaan untuk mengikuti program yang berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani, Kedah.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1348997/23-cedera-selepas-bas-jemaah-surau-rempuh-belakang-lori





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.426213 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list