CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5478|Reply: 0

[Kedah] Berat ujian mu Atiqah

[Copy link]
Post time 14-1-2025 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Berat ujian mu Atiqah

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Rosliza Muttalib membantu mengangkat anaknya, Nur Atiqah Yusri yang tidak dapat berjalan selepas menghidap kanser limfoma Hodgkin tahap empat. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI





Alor Setar: Kehidupan Nur Atiqah Yusri, 27, yang sebelum ini ceria berubah sekelip mata sejak dia disahkan menghidap kanser limfoma Hodgkin tahap empat, tahun lalu.

Dia kini terpaksa bergantung harap sepenuhnya pada suami, Mohd Ammar Abd Wahab, 30, kerana tidak dapat bergerak disebabkan kedua-dua kakinya tidak memberi tindak balas.

Katanya, sebelum ini kakinya terasa kebas dan lama kelamaan dia tidak terasa apa lagi walaupun disentuh atau dicubit.

"Setiap pagi suami atau emak, Rosliza Muttalib, 48, akan membantu mengangkat saya untuk mandi atau ke bilik air kerana saya tidak mampu bergerak sendiri.


"Segala yang berlaku pada saya hanya sekelip mata. Malah saya tak mampu menguruskan dua anak iaitu Nur Aufa Ayesha Mohd Ammar, tiga tahun, dan Muhammad Fath Aysar, dua tahun, kerana saya tidak dapat bergerak," katanya semalam.

Menurutnya, lebih menyedihkan apabila sel kanser itu sudah merebak ke jantung serta saraf.

Katanya, dia dikesan menghidap kanser pada Oktober lalu selepas mengalami kebas kaki sebelum menjadi semakin teruk.

"Saya terus ke Bahagian Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan dimasukkan ke wad untuk menjalani rawatan susulan pada November tahun lalu.

"Ketika itu doktor mengambil sampel untuk pengesahan penyakit saya ini. Selepas melakukan ujian Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), barulah saya disahkan menghidap kanser limfoma Hodgkin tahap empat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Seri Kota, Anak Bukit, di sini, semalam.

Menurutnya, sepanjang di wad HSB, dia tidak ditemani sesiapa memandangkan suaminya bekerja sebagai juruteknik manakala ibunya pula terpaksa menguruskan anak-anak.

Namun dia reda dengan ujian yang dilaluinya walaupun terpaksa melawan penyakitnya itu.

"Saya perlu menjalani enam pusingan kemoterapi dan setakat baru dua kali manakala selebihnya dilakukan secara berperingkat.

"Saya pun tak boleh jalan kerana dari bahagian pinggang ke kaki langsung tak dapat bergerak malah tidak terasa langsung.

"Segala kos rawatan dan ulang alik ke hospital terpaksa dibayar sendiri apatah lagi saya tidak dapat bekerja dan hanya bergantung pada suami," katanya.

Menurutnya, dia sepatutnya minum susu formula khas yang disyorkan oleh doktor namun disebabkan masalah kewangan, dia tidak dapat membelinya kerana harga yang mahal.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya melalui akaun CIMB 7614128685 Nur Atiqah Yusri.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahi pesakit itu menghulurkan sumbangan termasuk kerusi roda bagi membantu pergerakannya.



Disiarkan pada: Januari 14, 2025 @ 11:50am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1176417/berat-ujian-mu-atiqah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.046443 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list