CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21666|Reply: 0

[Johor] CariJob realisasi impian pencari kerja

[Copy link]
Post time 23-1-2025 09:26 PM | Show all posts |Read mode

MAJLIS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) wakil CariJob dengan beberapa agensi bertujuan menjalin kerjasama strategik.

Johor Bahru: Platform kerjaya, CariJob berusaha merealisasikan impian pelbagai lapisan pencari kerja bagi merebut tawaran peluang pekerjaan dalam negara mahupun rentas sempadan khususnya di rantau Asia Tenggara.

Pengasasnya, CM Kong berkata, platform berkenaan menjalin kerjasama dengan pelbagai syarikat serantau bagi mewujudkan peluang kepada pencari kerja meneroka kerjaya bersesuaian.

Beliau berkata, CariJob mampu menghubungkan pencari kerja dan majikan dengan pantas dan lancar selain memacu pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara, khususnya mempromosi peluang pekerjaan menarik merentas sempadan.

Menurutnya, ia juga membantu majikan mencari bakat antarabangsa dan memberi peluang kepada pencari kerja meneroka kerjaya tanpa batasan geografi.

Katanya, CariJob menjalin kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan tinggi seperti universiti dan kolej, syarikat, dan institusi industri untuk memastikan sumber saling melengkapi sekaligus meluaskan liputan pasaran.

"Kami memberi keutamaan kepada maklum balas daripada pelanggan dan pencari kerja, sentiasa menambahbaik perkhidmatan untuk mengekalkan kepekaan terhadap perubahan pasaran.

"Dengan strategi ini, CariJob bukan sahaja menyesuaikan diri dengan keperluan semasa tetapi juga kekal sebagai peneraju inovasi dalam pasaran pengambilan pekerja.

"CariJob menyediakan perkhidmatan 'muat turun satu klik' yang membolehkan pencari kerja menjana resume yang dioptimumkan dengan pantas dan menghantarnya ke pelbagai jawatan," katanya.

Kong berkata, fungsi ini amat berguna ketika musim puncak pengambilan pekerja dan menjadikan proses pengambilan lebih cekap dan mudah.

Beliau berkata, menerusi inovasi berkenaan, CariJob bukan sahaja menyelesaikan masalah dalam pasaran pengambilan pekerja seperti ketidakseimbangan maklumat dan proses yang rumit, malah memberikan pengalaman pengambilan yang lebih mudah, cekap dan bertaraf antarabangsa kepada pengguna.

"Malah platform CariJob yang menjadi pilihan kumpulan pencari kerja mengaplikasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang lebih canggih untuk meningkatkan ketepatan dan keberkesanan padanan pekerjaan," katanya.

Beliau yang merangkap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan berkata, misi CariJob untuk menjadi platform pekerjaan pintar yang terkemuka di Asia Tenggara, meningkatkan peluang pekerjaan menerusi saluran interaktif dan inovatif.

Menurutnya, CariJob bakal memperluaskan liputan perkhidmatan ke lebih banyak negara dan sektor industri dan memfokus kepada pembangunan pengambilan pekerja serantau.

Katanya, ia juga dalam usaha memperkukuh AI untuk meningkatkan ketepatan dan keberkesanan padanan pekerjaan.

"Bagi tujuan itu CariJob membangunkan hubungan strategik dengan rakan kongsi untuk mengoptimumkan pangkalan data bakat dan perkhidmatan majikan.

"Ia komited untuk menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian pekerjaan yang pintar dan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran kerja yang sentiasa berubah.

"Malah antara keunikan di CariJob, ia mewujudkan pengalaman sembang langsung atau rekrut menerusi sembang bagi menbolehkan pencari kerja Dan majikan berkomunikasi secara langsung untuk memadankan keperluan mereka dengan lebih cepat.


"Kaedah ini secara tidak langsung memendekkan rantaian komunikasi, meningkatkan kecekapan pengambilan, dan memperbaiki pengalaman pengguna," katanya.

Beliau berkata, CariJob kekal berdaya saing menerusi strategi inovasi teknologi dengan penggunaan teknologi AI, menyesuaikan diri mengikut keperluan pasaran, membangunkan fungsi dan perkhidmatan baharu seperti sokongan pengambilan rentas sempadan dan perkhidmatan pelbagai bahasa dan membantu mengoptimumkan strategi pengambilan pekerja menerusi analisis data.

"CariJob memanfaatkan teknologi data raya (big data) dan AI untuk menyediakan perkhidmatan termasuk analisis trend pengambilan dengan membantu syarikat memahami permintaan pasaran dan ketersediaan bakat, memberikan gambaran jelas berkaitan keperluan tenaga kerja semasa.

"Ia mampu mengoptimumkan kecekapan pengambilan menerusi analisis data berkaitan iklan jawatan, saringan resume, dan proses temu duga, menyediakan cadangan untuk memperbaiki keberkesanan setiap langkah pengambilan.

"Malah menerusi penggunaan model data, kami mampu menyenaraikan calon yang paling sesuai berdasarkan keperluan spesifik syarikat, memastikan padanan yang optimum.

"Malah majikan juga dapat memantau kemajuan proses pengambilan dan analisis hasil secara langsung bagi membantu mereka merangka rancangan pengambilan yang lebih berkesan.

"Analisis data ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan proses pengambilan tetapi juga membantu syarikat mengurangkan kos sambil menarik dan mengekalkan bakat yang paling sesuai," katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran CariJob di Taman Mount Austin di sini baru-baru ini.


Disiarkan pada: Januari 23, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.044907 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list