CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5615|Reply: 0

[Sarawak] MTUC ingatkan majikan bahawa Akta Perintah Gaji Minimum berkuat kuasa 1 Februari

[Copy link]
Post time 5-2-2025 04:25 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bahagian Sarawak mengingatkan majikan bahawa Akta Perintah Gaji Minimum (PGM ) berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.

Menurut Pengerusi MTUC Bahagian Sarawak Zaidi Nasar (gambar) dalam satu kenyataan baru-baru ini, ia termaktub mengikut beberapa syarat yang telah ditetapkan.

“Gaji minimum adalah RM1,700 sebulan iaitu majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih wajib membayar gaji minimum RM1,700 sebulan.

“Bagi majikan yang menjalankan aktiviti profesional juga wajib membayar gaji minimum RM1,700 sebulan, tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan.

“Sementara untuk majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, perintah ini akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025,” katanya menerusi kenyataan itu.

Gaji minimum tersebut ujarnya merujuk kepada gaji pokok dan tidak termasuk elaun, insentif atau bayaran tambahan.

Untuk pekerja yang dibayar berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, gaji bulanan yang kena dibayar hendaklah tidak kurang daripada gaji minimum bulanan, tambahnya.

Majikan tidak boleh membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum walaupun dengan persetujuan pekerja.
Pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) jika terdapat pelanggaran.

Mohon pekerja-pekerja memaklumkan kepada rakan-rakan pekerja dan pihak majikan mengenai tarikh penguatkuasaan tersebut.
Pada masa yang sama, pastikan prestasi kerja dan produktiviti ditingkatkan.

Selain mengamalkan kerjasama yang baik dengan majikan untuk kebaikan bersama.

Kata Zaidi lagi, perintah gaji minimum RM1,700 membantu mengatasi masalah tekanan peningkatan saraan hidup yang semakin tinggi.

Justeru pekerja diingatkan untuk memaklumkan kepada JTK sekiranya ada majikan yang tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum tersebut.

Pekerja boleh menghubungi MTUC Bahagian Sarawak jika memerlukan bantuan dengan menghantar e-mel ke [email protected]


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.220196 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list