![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250204/giranov2024a.jpg)
SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira menzahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kekerapan kelewatan penerbangan, khususnya yang melibatkan syarikat penerbangan AirAsia.
Gira dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau, menegaskan bahawa masalah tersebut memberi kesan besar terhadap pengalaman perjalanan penumpang dan menjejaskan tahap kepuasan pelanggan.
Beliau berkata, meskipun permohonan maaf daripada kakitangan AirAsia diterima, permohonan tersebut tidak mencukupi untuk mengatasi rasa kecewa dan ketidakselesaan yang dialami oleh penumpang akibat kelewatan yang berulang.
“Kecekapan dan ketepatan waktu adalah aspek penting dalam memastikan perkhidmatan penerbangan yang memuaskan.
"Saya berharap pihak pengurusan AirAsia dapat melakukan semakan menyeluruh terhadap jadual penerbangan dan mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan kelewatan yang berlaku,” katanya.
Gira turut menegaskan bahawa tindakan segera perlu diambil untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan kesetiaan pelanggan terus terjaga.
Beliau mengakhiri kenyataan dengan mengharapkan agar pihak pengurusan AirAsia memberi perhatian serius terha dap isu ini demi kepentingan bersama.
|