CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16023|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Semakin tenat setahun lepas PKP

[Copy link]
Post time 8-2-2025 12:33 PM | Show all posts |Read mode

HANYA beberapa kereta meletakkan kenderaan di kawasan parkir di hadapan kedai di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai.

Nilai: Keadaan di Pusat Perniagaan Nilai 3, di sini, tidak boleh disamakan dengan situasi berlaku di Pekan Rantau Panjang, Kelantan meskipun kedua-duanya menghadapi dilema yang sama.

Ini kerana kata peniaga bunga hiasan, Chong Koon Min, 52, Pekan Rantau Panjang lebih tertumpu kepada pelancong luar selain lokasinya yang agak jauh untuk diakses.

"Sebaliknya Nilai berada di tengah-tengah (Semenanjung) semua orang dari Lembah Klang, Pahang, Melaka sehingga Johor senang untuk datang.

"Malah ia berdekatan lebuh raya (Lebuhraya Plus). Saya dapati semua tempat di Malaysia mengalami keadaan sama. Tidak ramai pelanggan yang datang membeli-belah.

"Namun, saya difahamkan, kawasan Nilai 3 ini antara yang paling teruk terjejas," katanya.

Chong berkata, sepanjang 18 tahun berniaga di kawasan itu, jualan di kedainya merosot sehingga 40 peratus tahun lalu.
Namun, menurutnya, dia masih dapat bertahan kerana masih mempunyai pelanggan tetap.

"Seingat saya, kali terakhir lokasi perniagaan ini meriah adalah kira-kira 10 tahun lalu. Namun, keadaan perlahan-lahan berubah dan semakin tenat ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lalu.

"Selepas PKP, keadaan meriah seketika. Mungkin orang ramai mahu berjalan selepas lama terkurung ketika PKP. Namun, keadaan makin teruk kira-kira setahun selepas itu," katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya tidak boleh menyalahkan penggunaan platform atas talian semata-mata kerana pelanggan hilang kuasa membeli dan perlu berjimat cermat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.052873 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list