CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18785|Reply: 0

Ini Tanda-Tanda Anda Sudah Mula Ada Penyakit, Yang Berumur 30 Hingga 40-an Take Note!

[Copy link]
Post time 12-3-2025 06:39 PM | Show all posts |Read mode

Bila dah masuk umur pertengahan, penyakit-penyakit akan mula beransur-ansur muncul terutamanya bagi mereka yang tidak menjaga makan dan tidak bersenam

Itulah yang dikongsi oleh Dr. Hanif Arshad menerusi sebuah hantarannya di Facebook, memberi peringatan kepada semua untuk membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun.

"Pesanan yang paling kerap saya bagi adalah untuk buat medical check up at least sekali setahun. Tak susah pun.

"Check tekanan darah, kemudian ambil darah. Lagi bagus kalau kita dapat detect awal sebelum buah pinggang dah mula rosak atau dapat sakit jantung.

"Daripada result darah tu lah kita boleh tahu yang kita ni betul-betul sihat ataupun acah-acah sihat sebenarnya," tulisnya.


Dr. Hanif berkongsi cara-cara kenal pasti sama ada anda sudah mula mempunyai tanda-tanda ada penyakit

Berikut adalah beberapa cara yang dikongsi Dr. Hanif untuk kenal pasti tanda-tanda tersebut mengikut jenis penyakit:

Darah tinggi:

Guna mesin tekanan darah yang ada di rumah, periksa setiap hari selepas Subuh atau sebelum pergi kerja.
Jika tekanan darah anda berada dalam julat 150/100, adalah disarankan untuk terus jumpa doktor untuk mengesahkan jika anda menghidapi darah tinggi.

Kencing manis:

Guna mesin pemeriksaan gula mak atau nenek kita punya.
Jika julat gula sebelum makan lebih daripada 7mmol dan selepas makan lebih daripada 11mmol, ada kemungkinan anda sudah mendapat diabetis.

Kolesterol:

Kebiasaannya tiada tanda-tanda awal yang boleh kita nampak.
Tapi kalau anda seseorangg yang suka makan makanan viral, lebih baik pergi periksa kandungan kolesterol.

Buah pinggang:

Kita tidak akan tahu jika kita ada masalah buah pinggang kalau tak ambil darah.
Tapi kalau nampak kencing berbuih setiap hari, anda disarankan untuk terus pergi ke klinik untuk buat UFEMe.
Dikhuatiri itu adalah komplikasi dari darah tinggi dan kencing manis.

Obesiti:

Obesiti tu juga merupakan satu penyakit.
Anda boleh mengira BMI sendiri untuk mengetahui sama ada anda obesiti ataupun tidak.
Jika BMI lebih daripada 27, bermakna anda sudah kena mula diet.

Tidur tak bernafas:

Periksa jika pasangan anda tidur berdengkur sehingga ada satu masa nafas seperti terhenti, ditambah dengan diri mereka yang kelihatan sentiasa mengantuk pada waktu pagi.
Anda sudah boleh bawa mereka jumpa doktor untuk buat sleep study kerana dikhuatiri menghidapi Obstructive sleep apnea.


Sumber: Seismik

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.037196 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list