CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19731|Reply: 0

Skuad Jang komited tingkatkan fasiliti pusat latihan

[Copy link]
Post time 12-3-2025 08:47 PM | Show all posts |Read mode

Seremban: Negeri Sembilan FC (NSFC) komited untuk terus berusaha memperkasakan pembangunan bola sepak negeri bagi memartabatkan lagi sukan kegemaran rakyat itu pada masa depan.

Terbaharu, kelab berkenaan berhasrat mengadaptasikan langkah yang diambil kelab dari Thailand, BG Pathum United, dalam menyediakan fasiliti terbaik terhadap pusat latihan untuk pembangunan dan kemajuan pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus berkata, perkongsian maklumat itu telah diperoleh menerusi satu siri lawatan yang diadakan di Pusat Latihan BG Pathum United, di Bangkok, akhir bulan lalu.

Katanya, lawatan ini diketuai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) merangkap Pengerusi NSFC, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Naib Presiden PBNS yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mustapha Nagoor.

"Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi melihat fasiliti yang disediakan di pusat latihan serta pengurusan dan pentadbiran pusat latihan terbabit.

"Sebahagian fasiliti dan pengurusan yang dipraktikan BG Pathum United akan diadaptasikan di Pusat Latihan PBNS dan NSFC yang akan dinaiktaraf tidak lama lagi," katanya di sini, hari ini.

Faliq berkata, menjadi matlamat kelab berkenaan untuk menyediakan kemudahan pusat latihan yang terbaik bagi kepentingan pasukan pembangunan dan kemajuan pasukan serta bola sepak negeri.

"Kami berharap usaha ini akan dapat direalisasikan," katanya.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.625815 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list