CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26|Reply: 0

[Sarawak] MOTAC bantu anjak martabat budaya tempatan, kata Tiong

[Copy link]
Post time 23-4-2025 01:18 PM | Show all posts |Read mode


Khairul Firdaus (tiga kiri) menyaksikan persembahan pencak silat sejurus tiba pada Program Bersama Komuniti di Bintulu di Arena Petanque Jepak malam Isnin.

BINTULU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan memastikan budaya masyarakat setempat terus dipelihara dan dipulihara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing.

Tiong menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada warga Bintulu khusus penduduk Kampung Jepak kerana berganding bahu menjayakan program yang memberi manfaat kepada semua penduduk di Jepak dan Bintulu amnya.

"Ia bukan sahaja berjaya menghimpunkan rakyat di kawasan Jepak, namun pada masa sama mengetengahkan budaya serta juadah tradisi komuniti setempat yang semakin dilupakan," ujarnya.

Teks ucapan Tiong dibacakan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Khairul Firdaus Akbar Khan semasa merasmikan Program Bersama Komuniti di Bintulu di Arena Petanque Jepak malam Isnin.

Tiong menzahirkan penghargaan kepada warga Bintulu serta memohon maaf disebabkan tidak dapat hadir ke program berkenaan kerana perlu hadir dalam urusan rasmi di peringkat nasional.

Jelasnya, tidak kira sama ada beliau ada di Bintulu atau tidak, Bintulu tetap dalam hatinya dan akan terus menyokong setiap aktiviti atau program yang dianjurkan bagi memastikan ia memberi impak positif kepada komuniti di Bintulu.

Beliau pada masa sama turut menekankan mengenai kepentingan memperkasa sektor pelancongan di Bintulu bagi membolehkannya menjadi sumber pendapatan baharu bagi komuniti setempat.

"Program sebegini secara tidak langsung akan membantu memperkenal adat serta budaya komuniti setempat khususnya di kawasan Jepak, sekali gus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung," tambahnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.159559 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list