CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Ronaldo buru gelaran Asia pertama

[Copy link]
Post time 23-4-2025 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Ronaldo buru gelaran Asia pertama

AFP




RONALDO jadi sandaran Al Nassr musim ini. FOTO Reuters



Jeddah, Arab Saudi: Kelab Cristiano Ronaldo, Al Nassr antara tiga kelab Arab Saudi yang memburu kejuaraan Liga Juara-Juara AFC Elit di tanah air sendiri apabila pusingan akhir kalah mati bermula pada Sabtu ini.

Negara padang pasir itu menjadi tuan rumah bagi peringkat suku akhir, separuh akhir serta final kejohanan kelab utama Asia yang diberi format baharu dan dikenali sebagai Liga Juara-Juara AFC Elite bermula 25 April hingga 3 Mei di Jeddah.

Kelab-kelab Arab Saudi yang sarat dengan bintang yang dipancing dari Eropah, termasuk Al Ahli dari Jeddah serta Al Hilal dan Al Nassr dari Riyadh, menjadi pilihan utama untuk menjulang trofi pada 3 Mei di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah yang berkapasiti 62,000.

Mereka menguasai peringkat liga Zon Barat, dengan Al Hilal dan Al Ahli menamatkan lapan perlawanan tanpa kalah, manakala Al Nassr kendalian Ronaldo berada di tempat ketiga terbaik.

Tonggak Portugal Cristiano Ronaldo yang juga bekas bintang Manchester United dan Real Madrid, masih beraksi cemerlang pada usia 40 tahun dan menjaringkan tujuh gol dalam kejohanan musim ini dalam usaha meraih kejuaraan AFC pertamanya menjelang penghujung kerjaya yang gemilang.

Ketua jurulatih Al Nassr, Stefano Pioli, percaya pasukannya yang tewas di peringkat suku akhir tahun lalu mampu melangkah jauh kali ini.

"Saya sentiasa yakin dengan pemain kerana kerja keras kami dalam latihan," kata bekas jurulatih AC Milan itu.

"Kadang-kadang keputusan tidak memihak kepada kami, tetapi kami tahu kami berada di landasan yang betul.

"Namun, mereka terlebih dahulu perlu mengatasi naib juara tahun lalu, Yokohama F Marinos dari Jepun, yang kini bergelut selepas memecat pengurus Steve Holland minggu lalu kurang empat bulan selepas bekas pembantu jurulatih England itu mengambil alih pasukan.

Yokohama kini menghuni tangga tercorot J League dengan hanya satu kemenangan daripada 12 perlawanan, namun mereka mendahului Zon Timur dan membelasah juara China, Shanghai Port, dengan agregat 5-1 dalam pusingan 16 terbaik.

"Keadaan tidak berjalan baik untuk kami, tetapi yang penting ialah apa yang kami lakukan selepas ini," kata pemain tengah Yokohama, Riku Yamane, selepas kekalahan dalam perlawanan pertama di bawah pengurus sementara Patrick Kisnorbo minggu lalu.

Pemenang perlawanan itu akan bertemu sama ada satu lagi kelab Jepun, Kawasaki Frontale atau wakil Qatar Al Sadd, di separuh akhir.

Al Hilal yang memburu kejuaraan Asia untuk kali kelima akan berdepan Gwangju dari Korea Selatan, yang membuat penampilan sulung di pentas ini.

Juara Saudi itu membenarkan Neymar pulang semula ke Santos, tetapi mereka masih memiliki bintang seperti penyerang Serbia Aleksandar Mitrovic dan dua pemain Portugal, Joao Cancelo dan Ruben Neves.



Disiarkan pada: April 23, 2025 @ 12:16pm

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2025/04/1210786/ronaldo-buru-gelaran-asia-pertama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.042161 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list