CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27|Reply: 0

[Sarawak] Minyak, gas cerahkan masa depan Limbang, Lawas

[Copy link]
Post time 23-4-2025 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Potensi rizab di utara Sarawak sangat besar, mendorong kepada lonjakan pembangunan menyeluruh di negeri ini



Awang Tengah (enam kiri) menyerahkan projek Anjung Usahawan kepada Adison sambil diperhatikan Awangku Jinal (kanan) dan tetamu lain pada majlis tersebut hari ini.

LIMBANG: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan optimis masa depan Limbang dan Lawas akan cerah apabila data lengkap diperolehi daripada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) tahun ini berhubung kajian awal potensi rizab minyak dan gas di utara negeri.

Beliau berkata, potensi rizab minyak dan gas di kawasan utara Sarawak sangat besar, mendorong kepada lonjakan pembangunan menyeluruh khususnya di negeri ini.

Ketika ini katanya, Sarawak masih menunggu data lengkap berhubung kajian awal yang dibuat pihak PETROS sebelum ini mengenai potensi rizab minyak dan gas di Limbang dan Lawas.

“Kita sudah memberi lessen kepada PETROS untuk membuat kajian terhadap minyak dan gas di Lawas ini.

“Saya difahamkan suku ketiga tahun ini mungkin ada data lengkap dan mereka (PETROS) akan memberi taklimat kepada saya.

"Kita berdoa semoga mendatangkan hasil.

“Ini adalah satu lagi yang akan mengubah corak selain daripada pendapatan kita dan anjakan paradigma untuk pembangunan di kawasan ini dan mudahan mendatangkan hasil,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Anjung Usahawan dan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2025 di Kampung Pahlawan di sini, hari ini.

Turut hadir ialah ADUN Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Latip, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan Timbalan Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Adison Langgar.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan menjelaskan lagi, Sarawak bercadang untuk membuka Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATO) di Kalimantan Indonesia selepas penubuhannya di Singapura dan Brunei Darussalam.

Katanya pejabat itu akan berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan perdagangan dan budaya serta membuka peluang baharu dalam sektor ekonomi dan pelancongan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Kita sudah tubuhkan pejabat STATOS kita di Singapura dan di Brunei Darussalam dan kita juga bercadang untuk mewujudkan pejabat yang sama di Kalimantan, Indonesia.

"Dalam tahun ini kita akan pergi ke sana untuk mengenal pasti pejabat yang sesuai untuk kita mewujudkan STATOS di Kalimantan, Indonesia,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.218520 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list