CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21|Reply: 0

[Sarawak] Taman Tasik Desa Ilmu projek ikonik Samarahan

[Copy link]
Post time 23-4-2025 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Taman yang dijangka memerlukan RM6.8 juta akan menjadi pelengkap kepada Boulevard Samarahan



Abdul Karim (tiga kanan) menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Taman Tasik Desa Ilmu, Kota Samarahan. Turut kelihatan Rubiah (dua kanan), Aidel (empat kanan) dan Rodiyah (kiri).

KOTA SAMARAHAN: Taman Tasik Desa Ilmu satu lagi projek ikonik dibangunkan di Kota Samarahan dalam usaha menjadikan bahagian itu pusat penganjuran acara-acara penting pada skala besar.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Taman Tasik Desa Ilmu yang dijangka memerlukan RM6.8 juta akan menjadi pelengkap kepada Boulevard Samarahan.

Beliau berkata Boulevard Kota Samarahan yang sepanjang  dua kilometer dengan lebar lebih kurang 20 meter apabila siap nanti akan menjadi lokasi penganjuran acara-acara utama pada masa akan datang menggantikan Padang Sentral (Padang Merdeka).

“Jika sebelum ini Padang Sentral menjadi lokasi utama acara besar-besaran sejak tahun 1960-an, Boulevard Kota Samarahan akan menjadi lokasi baharu pada masa akan datang.

“Setiap kali acara besar-besaran berlangsung di Padang Sentral, seluruh bandar raya Kuching akan sesak.

“Kalau di Putrajaya ada boulevard, di China ada Tiananmen Square, Iran pula ada Isfahan Square, Sarawak akan ada Boulevard Samarahan yang akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Greater Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis Pra Pelancaran Projek Taman Tasik Desa Ilmu di Kota Samarahan, hari ini.

Menurutnya kedua-dua projek ikonik itu dibangunkan di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA).

Abdul Karim berkata Fasa 1 projek Boulevard Samarahan akan dimulakan tidak lama lagi dan majlis pecah tanah bakal disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam waktu terdekat.

Projek dianggarkan bernilai RM130 juta itu merangkumi pelbagai kemudahan riadah dan rekreasi dalam menyediakan persekitaran kondusif bagi penganjuran acara-acara utama berskala besar.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.262084 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list