CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21|Reply: 0

[Sarawak] Ceramah khas Easter di SDIH pada 29 April

[Copy link]
Post time 23-4-2025 01:30 PM | Show all posts |Read mode


Orang ramai juga boleh mengimbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.

SIBU: Orang ramai dijemput menghadiri ceramah khas sempena Easter bertajuk 'Penanggal in the Ancient Text of Testament of Solomon' yang akan berlangsung pada 29 April di Hab Inovasi Digital Sibu (SDIH) bermula jam 2 petang hingga 3 petang.

Ceramah tersebut akan disampaikan Tetuan Father Charly Simon yang juga merupakan Pengarah Runding Institute of Sarawak dan Pengurus SDIH.

Beliau juga ahli bertauliah Chartered Member of Educational Assessor, United Kingdom.

Ceramah tersebut bakal menyentuh pertembungan antara demonologi purba dan cerita rakyat Asia Tenggara, dengan tumpuan khusus kepada kisah ‘Penanggal’ serta kaitannya dalam teks kuno ‘Testament of Solomon’.

Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai.

Untuk menyertai, peserta boleh mengimbas kod QR yang tertera atau mendaftar melalui pautan https://form.jotform.com/250849414476465


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 1.805240 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list