CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20|Reply: 0

[Sarawak] Penganggur cederakan warga emas dipenjara lapan tahun dan disebat

[Copy link]
Post time 23-4-2025 01:39 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah disabitkan bersalah menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang lelaki warga emas dengan menggunakan sebongkah kayu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Azreena Aziz setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Kennedy Alban Sigai, 43, dari Tansang, Betong, didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan parah ke atas William Ngau Taja, 63, dengan menggunakan sebongkah kayu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.40 pagi, 14 April lalu di terminal bas Jalan Padang di sini.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 14 April lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya David Bakit Nuing manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/04/22/penganggur-cederakan-warga-emas-dipenjara-lapan-tahun-dan-disebat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.072606 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list