CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20|Reply: 0

[Sarawak] 103 pelumba basikal bakal sertai 'Marudi Classic 2025' Ahad ini

[Copy link]
Post time 23-4-2025 01:43 PM | Show all posts |Read mode


Peta menunjukkan jalan-jalan yang akan dilalui peserta untuk acara Marudi Classic 2025.

MIRI: Pekan Marudi bakal mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya menganjurkan perlumbaan berbasikal 'Marudi Classic 2025' pada Ahad ini.

Acara berprestij ini dijangka menjadi tumpuan bukan sahaja dalam kalangan penggemar sukan berbasikal tetapi juga pelancong yang ingin menikmati keindahan dan budaya tempatan.

Menurut jurucakap penganjur, perlumbaan ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Pejabat Daerah Marudi dan Masterpiece Cycling Club dengan sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

“Laluan sejauh 60 kilometer akan membawa peserta dari Dataran Marudi ke Lubuk Nibong sebelum kembali ke hadapan Pejabat Daerah Marudi.

“Acara ini akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dengan menampilkan tiga kategori utama iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Master dan Lelaki Veteran,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, selain trofi, pertandingan ini turut menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM5,000 untuk dimenangi para peserta.

“Setakat ini, seramai 103 orang peserta termasuk 23 pelumba dari Brunei Darussalam dan peserta dari seluruh Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia telah mengesahkan penyertaan masing-masing," katanya.

Sehubungan itu katanya, bagi memastikan keselamatan peserta sepanjang acara berlangsung, beberapa jalan utama akan ditutup sementara seperti Jalan Kampong Cina (ditutup sepenuhnya), Jalan Kapitan Lim Ching Kiat (tutup sebahagian), Jalan Komplek Sukan (tutup sepenuhnya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi arahan pihak berkuasa trafik sepanjang tempoh perlumbaan.

“'Marudi Classic 2025' bukan sekadar acara sukan, tetapi simbol perpaduan komuniti dan semangat kesukanan yang membara.

“Ia turut menjadi platform penting dalam memperkenalkan Marudi sebagai destinasi pelancongan sukan yang baharu di Borneo,” katanya.

Orang ramai dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada para pelumba dan merasai sendiri kemeriahan yang dijanjikan dalam acara bersejarah ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.052858 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list