CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] PSG kekalkan status tanpa kekalahan

[Copy link]
Post time 23-4-2025 01:44 PM | Show all posts |Read mode


Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Nantes dan PSG di Stade de la Beaujoire–Louis Fonteneau di Nantes. Perlawanan berkesudahan seri 1-1. — Gambar AFP

NANTES: Paris Saint-Germain (PSG) terikat seri 1-1 di Nantes dalam perlawanan Ligue 1 pada Selasa, keputusan yang mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam musim domestik ini menjelang separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Arsenal.

Nampaknya gol separuh masa pertama Vitinha mungkin sudah memadai untuk PSG, yang sudah merangkul kejuaraan Ligue 1 keempat berturut-turut, untuk meninggalkan Stade de la Beaujoire dengan kemenangan.

Bagaimanapun, Nantes membalas untuk menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki enam minit menerusi pemain tengah Brazil mereka Douglas Augusto, memberikan tuan rumah mata berharga dalam perjuangan mereka untuk bertahan.

PSG boleh menambah kelebihan, tetapi tandukan Goncalo Ramos daripada hantaran lintang Desire Doue melantun dari tiang gol.

Namun begitu, keputusan seri itu bermakna mereka masih belum tewas mana-mana perlawanan domestik sejak Mei tahun lalu, dan hanya empat perlawanan Ligue 1 lagi untuk menjadi pasukan pertama yang menamatkan kempen liga utama Perancis tanpa kalah.

Pasukan paling hampir dengan pencapaian itu ialah Nantes, yang tidak tewas dalam 32 perlawanan berturut-turut sebelum mengalami satu-satunya kekalahan dalam perjalanan untuk menjadi juara pada 1994/1995.

Keputusan itu juga membolehkan Paris meneruskan rentak tanpa tewas di tempat lawan Ligue 1 kepada 39 perlawanan sejak Februari 2023, melepasi rekod 38 perlawanan AC Milan dalam Serie A antara 1991 dan 1993 yang merupakan rekod dalam liga terbaik Eropah.

“Hari ini adalah hari istimewa untuk kami, mengalahkan rekod AC Milan. Saya mengucapkan tahniah kepada pemain saya,” kata jurulatih PSG, Luis Enrique.

“Saya bangga kerana saya tidak menjangkakan persembahan seperti itu daripada pemain saya. Bukan sahaja kami bertahan dengan baik tetapi kami juga bermain bola sepak yang bagus dan mencipta peluang,” kata jurulatih Nantes, Antoine Kombouare.

“Kami tidak pernah berasa putus semangat. Ia satu mata yang sangat wajar dimenangi,” tambah Kombouare, yang menyifatkan rekod tanpa kalah PSG di tempat lawan sebagai “menggerunkan”.

Pertemuan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada hujung minggu 12 dan 13 April sebelum ditangguhkan untuk memberi PSG berehat di antara dua perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Aston Villa.

Mereka menentang Arsenal di tempat lawan pada perlawanan pertama separuh akhir Selasa depan, tetapi mesti melayan Nice terlebih dahulu dalam satu lagi perlawanan Ligue 1 pada Jumaat.

Jurulatih Luis Enrique akan menggilirkan pasukannya untuk perlawanan itu, setelah mengetepikan Achraf Hakimi di sini dan menggunakan pemain seperti Bradley Barcola dan Doue dari bangku simpanan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.043508 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list