CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: casper_comel

Klon ofismate..

[Copy link]
 Author| Post time 26-5-2011 10:02 PM | Show all posts
Reply 39# hdon


hdon pon ade peminat gak kot???ausmate lain xde lak dia nyamar? huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 12:34 PM | Show all posts
Reply  hdon


hdon pon ade peminat gak kot???ausmate lain xde lak dia nyamar? huhu
casper_comel Post at 26-5-2011 22:02




ausmates lain tak cukup ciri2 utk dia nyamar kot......yg terpilih ja boleh....   tapi 2nd kejadian tu rasanya memang 'peminat' hdon tu....time tu hdon ramai 'peminat' gak la.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 11:02 PM | Show all posts
hdon....saya citer dulu la ek.
bukan saya..tapi adik saya..
dulu masa dia blaja..ada satu ari tu.. ...
aku_tulip Post at 24-5-2011 08:15



  tapi kalu dia tolong buatkan homework adek ko bagus jugakan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 08:24 AM | Show all posts
tapi kalu dia tolong buatkan homework adek ko bagus jugakan?
alibnmat Post at 29-5-2011 23:02


tolong buat homework tak per gak...kalau ikut sekali balik umah...haru...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 03:16 PM | Show all posts


Cita aku berdasarkan gambar yang aku lukis di atas. Cewah. Cita tak la seram sangat pon. Hik hik

Ni pengalaman housemate aku time study dulu. Kejadian berlaku kat rumah sewa kitorang. Rumah kitorang sewa 9 orang. Time ni cuti mid term, cuti seminggu. Semua balik kampung kecuali 2 orang housemate aku ni. Yang sorang tak balik cuti sebab dia buat part time kat kedai makan, yang lagi sorang tak balik sebab nak siapkan final project dia.

Yang keje kedai makan tu, aku namakan Lin. Tido kat Bilik 2 (sebilik dengan aku) dan yang nak siapkan final project tido kat Bilik 3, aku namakan Sarah.

Lin baru balik kerja petang tu jadi dia terus masuk bilik tak keluar-keluar pon. Yang Sarah tengah siapkan final project dia dalam bilik dia (tapi tak tutup pintu). Tiba-tiba dalam pukul 6.50 petang masa tu (hujan lebat) Sarah nampak Lin tiba-tiba keluar dari bilik, muka masam je tak tegur pon Sarah time tu. Selalu Lin ni memang peramah, mulut riuh. Terus pergi ke ruang tamu.

Tiba-tiba lagi sekali dalam nak dekat maghrib, Sarah nampak Lin keluar lagi dari bilik. Time ni Sarah dah pelik, bukan tadi minah ni dah keluar pergi ruang tamu ke. Sarah pon tanya la Lin tu, Lin jawab mana ada dia keluar tadi. Ni pon dia baru bangun tido.

Si Sarah pon cita la kat Lin yang dia nampak Lin keluar dari bilik jalan arah ruang tamu. Cuak memasing lepas tu. Hik hik!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 04:38 PM | Show all posts
Ok nak share gak cerita.

Kat opis aku pun memang dah acapkali berlaku  klon2 ni.  Especially bila orang tu cuti atau takde kat pejabat.  Selalunya akan nampak si klon ni keluar dari bilik potostat, atau sedang potostat.  Biasanya tiada bicara.  Senyap je.  Nanti dah lama baru le memasing sedar... "Eh.. bukan ke dia cuti... eh.. bukan ke dia outstation..." masa tu saling pandang memandang je la...

Opis ni besar dan panjang.  Kekadang tak berani nak stay sampai kul 6 lebih.  Sebab nanti dengar orang cuci pinggan la... bunyi tapak kaki tak sampai2, bunyi orang print kertas la...  Tapi pernah ada satu officer tu stay sampai jam 11 malam sesorang kat bilik.  Tetiba dia dengar bunyi tapa kaki berderap2.  Skali tu askar jepun tanpa kepala buat lintas hormat depan bilik dia.  Terkedu seketika.  Nasiblah officer tu jenis yang warak.  Tapi dia pun tak tunggu lama, terus tutup lampu bilik, kunci pintu dah ca alif bot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2011 11:59 AM | Show all posts
entah2  Qarin .....  
yg dilahirkan bersama2 kita ...


sumber : wikipedia
Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."

Menurut keyakinan umat Muslim bahawa, pada umumnya Jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan solat, memberatkan diri manusia untuk membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa [[hadis dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.063002 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list