kisah nie tak la seram sangat...tapi salah satu kisah yang aku alami la jugak....
Kisah nie jadi masa aku n kawan2 baru lepas abis paper last exam. Actually before2 dis dah plan dah nak g Melaka overnite tapi still tak confirm2 lagi. Bagi budak segamat, overnite kat Melaka tue memang perkara biasa la…selalunya dapat jer duit ptptn memang beramai2 lah budak2 nie turun ke Melaka shopping.
Lepas jer abis jawab last paper, maybe sebab masing2 tension so semua decide nak overnite kat Melaka tue. So yang pergi aku, dena, mira, ain n A…..so kiranya dalam ramai2 nie A sorang je la lelaki…belasah, janji lepas tension… so abis jer paper petang tue kitaorang balik bilik masing2 semua siap2 la…dalam pukul 630 petang tue kitaorang pun bergerak lah ke Melaka…(tak senonoh kan gerak time nak maghrib…)
Then kitaorang sampai Melaka dalam kul 8 malam camtu la…sampai2 jer kitaorang terus g karoke….karoke dalam 2 jam so dah kul 10 la….abes karoke masing2 tak tau nak g mana….boleh katakan semua tempat dah tutup….so kami decide nak g pantai puteri…otw nak g pantai singgah la makan segala….
So sampai jer pantai tengok ada ramai gak orang memancing….kami semua memang bosan tahap cipan punya n disebbabkan kami bawak laptop so masing2 mengadap la laptop tengok cite sambil duk kat taman permainan yang ada kat pantai tue….
Tengah duk mengadap movie tetiba ada sorang pakcik dating dekat dengan ktorang…dia cakap baik simpan laptop tue..kat situ bahaya takut ada orang rompak…so masing2 dah cuak tapi buat bodoh jer la…tiba2 keadaan kat pantai jadi sunyi…semua orang macam kemas2 nak balik.padahal masa ktorang sampai ramai gak yang memancing n ada lori jual air ngan makanan tp tetiba semua berkemas balik…maybe sebab dah malam la kot…
So ktorang terus la lepak kat taman permainan tue…masa nie ain ngan mira g cari toilet…time tengah duduk2 nie la aku perasan ada satu buaian nie berhayun macam ada orang tengah main…kalau tak silap kat situ ada 4 buaian tapi yang satu nie jer yang terbuai2…aku cakap kat dena…so kami pun duk perhatikan la buaian tue….memang lama buaian tue tergerak….then balik si ain n mira dari toilet terus ain naik buaian tue…kami dah cuak tapi Alhamdulillah takde bende yang jadi….
Then lepas tue ain ngan mira cakap nak jalan2 kat pantai…aku,dena ngan A malas nak ikut. Kitaorang lepak dalam kete…..15 minit lepas tue ain ngan mira balik kat kete.so ktorang decide nak g tempat lain la coz rasa macam tak berapa nak best malam2 duk kat pantai….masa kitaorang nak gerak nie la tetibe masuk 1 keta nie nak parking betul2 sebelah keta aku…masa nie la aku, ain, mira ngan A nampak lelaki yang drive keta nie senyum kat kitaorang….bukan senyum biasa tapi senyum hantu….aku tak tau nak explain macam mana senyum hantu tapi sampai sekarang aku ingat senyum tue….memang menyebabkan bulu roma ktorang tegak….
Masa keta nie masuk aku Nampak laki tue n kat sebelah dia perempuan pakai baju hitam n tudung hitam….masalahnya bila keta nie masuk parking tue jer yang si dena pulak tetibe dengan cemasnya suh ktorang blah dari situ…memang gaya dia macam Nampak hantu tapi sampai sekarang bila aku Tanya dia tak nak cakap apa yang dia Nampak…tapi yang aku pasti dia sorang jer nampak ‘perempuan’ tue…yang ktorang semua memang nampak jelas laki tue senyum hantu….
Disebabkan peristiwa kat pantai tue terus ktorang decide nak balik segamat time tue gak…masa tue kul 3 pagi…tapi otw nak balik ktorang sempat singgah mydin 24 jam kat Melaka tue…n alhamdulillah masa balik ke segamat ktorang lalu tangkak takde apa2 yang jadi…padahal masa tue pukul 4 pagi ktorang lalu tangkak…tapi takutnya Allah je yang tau…
Benda nie pulak terjadi kat dena….masa tue ktorang buat intesesi atau short cos so terpaksa la duduk kolej lama…kami duduk 1 bilik 4 orang tapi aku tak duduk sebilik ngan dena n ain…tp bilik ktorang still dekat jer……masa short cos nie kelas kami pagi jer 8 sampai 10…so petang2 memang membuta jer la keja kami…..
Satu petang tue dalam pukul 3 atau 4 tetibe blackout…so panas…kami nie ramai2 duk la lepak kat koridor…tapi masa nie ain ngan dena tengah tidur…tapi diorang sedar blackout time tue so ain pun bangun la bukak pintu nak bagi angin masuk. Then ain terus tido balik…time nie la tetiba dena nampak ada sorang nenek tua nie duk kat hujung katil ain.
Dena cakap dia memang tak nampak muka nenek tue tapi apa yang dia boleh ingat nenek tue pakai kain batik warna biru tutup muka dia…(ala macam orang dolu2 tue)….Nenek tue duk kat hujung katil ain duk tenung je ain tengah tido.
Tiba2 nenek nie datang kat dena awang2kan tanagan dia macam jampi2 kat muka dena…masa nie dena rasa badan dia memang tak boleh gerak…..lepas tue nenek nie pergi balik kat katil ain n datang balik kat dena buat benda yang sama…so macam2 ayat la si dena nie baca…sampai la dia baca surah An-Nas barulah dia rasa badan dia dilepaskan satu persatu n nenek tue pun hilang….
Lepas jer nenek tue hilang terus dena terbangun n terduduk sambil tenung kat ain…ain yang sedar pun tegur la dena nape ngan dia…dena juz cakap takde pape n terus keluar g kat ktorang n terus cerita apa yang jadi….padahal masa benda nie jadi kami ada duk lepak tak jauh dari bilik dena tapi kami langsung tak dengar bunyi apa2 sedangkan pintu bilik diorang terbukak so kalau orang berlari atau berjalan pun kami boleh dengar…
kena request kat tv3 nie...
i teka jer..tapi setan tu kan suka menyesatkan manusia..mungkin dia buat mcm tu kat kaum lain..dats y kaum lain percaya pada agama mereka...
btol la...dari keluarkan cite2 endon yang dok berulang2 kali tue baik kuarkan antu cino...
erm btol gak tue....setiap kaum ada hantu tersendiri...n hantu nie pun menyerupai ikut kaum gak...kalau melayu ada kak pon,omputih vampire,cino hantu lompat...macam2...