CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Konsortium boleh bida projek

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Notis semakan Pra-Kelayakan tender KVMRT dipamer hari iniKONTRAKTOR tempatan yang berminat menyertai tender bagi pakej kerja sivil bahagian atas serta pembinaan stesen dan depot bagi Projek Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) Jajaran Sungai Buloh-Kajang kini boleh membentuk usaha sama (JV) atau konsortium sesama mereka.\rIni susulan langkah Syarikat Prasarana Negara Bhd menyemak semula kriteria Pra-Kelayakan untuk tender pakej berkenaan.\r\n\n\n\n\r  Syarikat yang ditubuhkan kerajaan bagi menguruskan projek prasarana pengangkutan awam negara itu dalam kenyataannya semalam turut mengumumkan bahawa ia akan mempamerkan notis bagi semakan Pra-Kelayakan itu selama lapan hari bermula hari ini dan menetapkan semua permohonan untuk diserahkan sebelum 6 Jun depan.\r\r\n\n\n\n\n  “Prasarana memutuskan untuk menyemak tender Pra-Kelayakan bagi Kategori Terbuka (PKK A/CIDB G7) dan Kategori Bumiputera (PKK A Bumiputera/CIDB G7).\r“Di bawah kriteria Pra-Kelayakan baru, kontraktor yang berminat boleh membentuk JV atau konsortium di kalangan syarikat tempatan,” katanya.\rPrasarana yang juga pemilik projek berkenaan bagaimanapun berkata, komposisi JV atau konsortium tidak boleh melebihi tiga syarikat dan bagi memastikan kualiti dan kerjasama yang berkesan, setiap kontraktor hanya dibenarkan menghantar maksimum sehingga dua permohonan JV atau konsortium.\rWalaupun mereka dibenarkan untuk membentuk sehingga dua JV atau konsortium, mereka hanya dibolehkan untuk memohon bagi kategori berbeza, katanya.\r\n\n\n\n\rNotis semakan itu akan diiklan di semua akhbar utama dan laman web rasmi www.prasarana.com.my dengan penerangan kepada kontraktor ditetapkan pada Selasa depan di Kuala Lumpur dengan lokasinya akan diumumkan kelak.\rKerja kontrak di bawah pakej kerja depot dan stesen bahagian atas itu meliputi pembinaan bangunan, kerja mekanikal dan elektrikal; bangunan substesen dan landasan, kemudahan tempat letak kereta, depot bangunan pembe-tungan, depot peralatan dan kerja landskap.\rKerja kontrak di bawah pakej kerja sivil bahagian atas pula termasuk kerja substruktur, struktur laluan pandu ditingkatkan dan galang beruas.\rPengarah Urusan Prasarana, Shahril Mokhtar dalam kenyataan itu berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan semakan itu dibuat untuk menarik lebih ramai kontraktor mengambil bahagian dalam Pra-Kelayakan tender itu.\r“Prasarana mengambil kira pandangan membina ke atas projek ini dan pendirian kami dicerminkan melalui keputusan ini, yang dibuat untuk membolehkan lebih ramai kontraktor mengambil bahagian dan menjadikan pembidaan KVMRT ini lebih kompetitif.\r“Walaupun kami menyemak semua kriteria Pra-Kelayakan, Prasarana akan terus memastikan hanya kontraktor yang tulen, layak dan mampu dipilih untuk membida pakej kontrak kerja. Kami akan menilai dari segi pengalaman kerja lampau dan keupayaan kewangan,” katanya.\rMRT yang akan dibina itu bakal menjadi tulang belakang kepada sistem pengangkutan yang mapan di Lembah Klang dan dimulakan kerajaan sebagai sebahagian usaha Greater Kuala Lumpur di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).\rProjek bermula tahun ini hingga 2016 akan menyediakan perkhidmatan kereta api laju kepada 1.2 juta penduduk sepanjang laluan berkenaan dan ia akan disepadukan dengan KTM Komuter, landasan LRT dan rangkaian bas perantara.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.306390 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list