CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

Bisnes Dunia: Ekonomi Jepun dilapor menguncup 3.7 peratus

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Peletakan jawatan Ketua Pengarah IMF jejas pasaranPASARAN saham Asia ditutup bercampur-campur semalam dengan saham Tokyo mengalami kejatuhan selepas perangkaan menunjukkan ekonomi negara itu terjejas lebih teruk daripada yang dijangkakan susulan gempa bumi 11 Mac lalu.\rSaham Tokyo ditutup pada 0.43 peratus, atau 41.26 mata lebih rendah pada 9,620.82 mata berikutan laporan yang ekonomi Jepun menguncup 3.7 peratus dalam tempoh suku pertama lalu, iaitu penguncupan bagi tempoh dua suku berturut-turut yang meletakkan negara itu kepada kemelesetan teknikal.\r\n\n\n\n\r  Penguncupan itu adalah lebih teruk daripada ramalan purata pasaran, iaitu sekitar dua peratus.\r\r\n\n\n\n\n  “Ekonomi Jepun dijangka kekal lemah buat sementara waktu,” kata Menteri Ekonominya, Kauro Yosano kepada pemberita, dengan menambah negara itu berkemungkinan berdepan penguncupan bagi suku ketiga berturut-turut dalam tempoh April-Jun.\rAhli Strategi Pelaburan Kanan Mitsubishi UFJ Morgan Stanley, Norihiro Fujito, memberitahu : “Pasaran dijangka pulih dalam keadaan turun naik, tetapi perangkaan KDNK menimbulkan keraguan yang kita akan keluar daripada kemerosotan ini dalam waktu terdekat.”   \rBagaimanapun, kejatuhan saham Nikkei diseimbangkan dengan penurunan nilai yen dan harga komoditi yang semakin meningkat. \rPengurus Besar SMBC Nikko Securities, Hisatsune Kobayashi pula berkata: “Kami juga menjangkakan pengeluaran lebih awal oleh Nissan Motor, Toyota Motor dan Renesas Electronics,” katanya.\r\n\n\n\n\rSaham Hong Kong ditutup pada 0.66 peratus, atau 152.24 mata, lebih tinggi pada 23,163.38 dan Sydney menokok 1.34 peratus, atau 62.7 mata untuk ditutup pada 4,756.4. \rBagaimanapun saham Seoul menjunam 1.89 peratus atau 40.27 peratus kepada 2,095.51 diikuti Shanghai turut susut 0.46 peratus atau 13.20 mata kepada 2,859.57.\rPenganalisis berkata, pasaran saham dan mata wang menerima sedikit kesan daripada peletakan jawatan Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn kerana tuduhan serangan seksual terhadap seorang pekerja hotel.\rBagi pasaran lain, saham Singapura ditutup 1.00 peratus atau 31.35 mata, lebih tinggi pada 3,172.56. Saham Genting Singapore tidak berubah pada Sg$2.07 dan Singapore Telecom meningkat 1.92 peratus kepada Sg$3.19.\rTaipei ditutup 0.58 peratus, atau 51.96 peratus, lebih rendah pada 8,892.88.   \rSaham Manila pula ditutup 0.13 peratus atau 5.38 mata, lebih rendah pada 4,297.93.\rWellington pula ditutup tinggi 0.04 peratus kepada 3,559.59.\rSaham Jakarta pula naik 0.51 peratus, atau 19.60 mata untuk ditutup pada 3,859.81. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.042929 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list