|
5 GLC bakal terajui pasaran serantauKHAZANAH Nasional Bhd berada pada landasan kukuh untuk mencapai misinya menjadikan lima syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawahnya sebagai peneraju pasaran serantau menjelang 2015, di sebalik pandangan skeptikal bahawa sasaran itu adalah terlalu tinggi.\r“Saya berasa kami menuju ke arah itu,” kata Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar dalam satu temu bual dengan stesen televisyen CNBC, semalam.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata, tiga syarikat di bawah portfolio pelaburan Khazanah kini sedang membina kedudukan kukuh pada peringkat serantau, manakala dua atau tiga syarikat lagi mempunyai prospek yang baik ke arah itu.\r\r\n\n\n\n\n Tiga syarikat yang mempunyai kedudukan serantau kukuh itu katanya, ialah firma telekomunikasi, Axiata Group Bhd; kumpulan perbankan kedua terbesar negara, CIMB Group Holdings Bhd dan kumpulan penjagaan kesihatan bersepadu, Integrated Healthcare Holdings Ltd (IHH).\r“Axiata kini mencecah 150 juta pengguna, meraih keuntungan dan berkembang antara 15 hingga 20 peratus. Mereka mencatat prestasi baik bukan saja dari segi organik, tetapi juga dalam penggabungan dan pengambilalihan, justeru saya berasakan syarikat itu sangat berdisiplin.\r“Jika anda melihat kepada CIMB pula, kumpulan itu dalam tempoh yang singkat, iaitu antara lima hingga enam tahun sudah berkembang menjadi antara bank terbesar di rantau ini, malah jika tidak salah ia kini mempunyai jumlah cawangan terbesar di Asia Tenggara.\r“Syarikat ketiga mungkin dalam francais penjagaan kesihatan, iaitu IHH. Ia muncul secara tiba-tiba dan mungkin memberikan pandangan sebenar mengenai cara kami berfikir, apabila Khazanah berdepan dengan potensi membuat pelaburan,” katanya.\r\n\n\n\n\rMengulas kontraknya yang diperbaharui untuk tempoh tiga tahun lagi, beliau berkata, agendanya selepas ini ialah untuk memastikan program 10 tahun Khazanah berjaya mencapai matlamatnya.\r“Kami sudah membina daya tahan dan jaringan keselamatan yang mencukupi untuk menyerap sebarang tekanan” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|