CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

MK Land catat untung RM25.9 juta

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MK Land Holdings Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai 242.6 peratus dalam tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2011, kepada RM25.9 juta berbanding RM7.6 juta dalam tempoh sama tahun kewangan lalu.\rPeningkatan kukuh itu dicapai berikutan sambutan menggalakkan terhadap hartanah yang dibangunkannya meliputi projek kediaman mampu milik dan mewah di beberapa lokasi seperti Damansara Damai serta sekitar Lembah Kelang.\r\n\n\n\n\r  Pendapatannya dalam tempoh dikaji meningkat 30.8 peratus kepada RM293 juta daripada RM224.\r\r\n\n\n\n\n  Bagi tempoh suku ketiga, keuntungan sebelum cukai syarikat hartanah itu meningkat 137.5 peratus kepada RM14.3 juta daripada RM6 juta.\rIni diraihnya daripada pendapatan RM165.1 juta, iaitu peningkatan 150 peratus daripada RM66.1 juta dalam tempoh sama tahun kewangan lalu.\rKetua Pegawai Operasi MK Land, Lau Shu ChuanLau, berkata syarikat itu yakin mampu mengekalkan pertumbuhan dua angka bagi seluruh tahun kewangan ini berdasarkan permintaan tinggi terhadap hartanah dibangunkan syarikat itu serta sentimen ekonomi yang semakin baik.\r“Sejak krisis kewangan pada 2008 hingga sekarang, pendapatan syarikat meningkat hampir 90 peratus dan momentum transformasi yang dilaksanakan  berada di landasan yang tepat untuk kami terus berada pada kedudukan yang stabil,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya semalam.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.125917 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list